Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 31 October 2014

LIWAT : Hanya kira-kira 30 penyokong Anwar berkumpul pagi ini



TIDAK sampai 30 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di luar Istana Kehakiman di sini pagi ini bagi memberi sokongan terhadap pemimpjn itu dalam rayuan kes liwatnya yang masuk hari keempat. - Foto NSTP

PUTRAJAYA: Pekarangan Istana Kehakiman di sini pagi ini semakin lengang pada hari keempat prosiding rayuan terakhir kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding pada hari pertama rayuan itu didengar di Mahkamah Persekutuan, Selasa lalu.

Tinjauan BH Online sehingga jam 9.10 pagi tadi mendapati, kurang daripada 30 penyokong Anwar berkumpul di luar pekarangan bangunan berkenaan, selain beberapa petugas media yang membuat liputan kes itu.

Sementara itu, anggota keselamatan termasuk polis dan RELA meneruskan kawalan ketat di sekitar Istana Kehakiman.

Beberapa jalan turut ditutup untuk memberi laluan kepada persiapan penganjuran Festival Kesenian Islam 2014 yang akan berlangsung esok.

Malah, kawasan di tepi Istana Kehakiman di sini dipasang pita kuning dan merah putih bagi menghalang penjaja berniaga di kawasan itu yang mula menjual sejak kelmarin.

Turut diletakkan di beberapa lokasi sekitar pekarangan bangunan adalah notis "Dilarang menjaja tindakan kompaun dan sitaan UUK3 Akta Kerajaan Tempatan".

Kelmarin, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat memberi amaran kepada penjaja yang membuka gerai makanan dan minuman tanpa kebenaran PPj di situ supaya menghentikannya sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang.

Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan terakhir Anwar, 67, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.

TIDAK sampai 30 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di luar Istana Kehakiman di sini pagi ini bagi memberi sokongan terhadap pemimpjn itu dalam rayuan kes liwatnya yang masuk hari keempat. - Foto NSTP


No comments: