Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 10 October 2014

Belanjawan 2015 prorakyat

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

Cukai, Datuk Siti Halimah IsNajib Tun Razak menunjukkan buku Rahsia Besar ketika meninjau persiapan akhir Belanjawan 2015 di Kementerian Kewangan, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (dua dari kanan), Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Bahagian Analisis mail (kiri). - BERNAMA

PUTRAJAYA 9 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Belanjawan 2015 yang dijadual dibentangkan di Parlimen esok akan menjadi belanjawan prorakyat antara lain mengandungi langkah-langkah mengurangkan kebimbangan terhadap kos sara hidup.

Beliau berkata, selain itu, belanjawan tersebut juga merangkumi usaha-usaha menambahkan jumlah peluang pekerjaan, meningkatkan pendidikan serta membina lebih banyak rumah mampu milik.

Perdana Menteri turut menekankan mengenai kepentingan meneruskan langkah-langkah pengurangan defisit kerajaan serta memastikan negara mampu mencapai belanjawan berimbang pada 2020.

"(Untuk itu) kerajaan telah bersedia memenuhi sasaran defisit fiskal termasuk usaha mengurangkan defisit kepada 3.5 peratus menjelang akhir tahun ini dan tiga peratus pada akhir 2015," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata: "Adalah salah jika kita menyerahkan beban hutang kepada generasi akan datang sebaliknya kita perlu menyerahkan kepada mereka ekonomi negara yang lebih kukuh dengan hutang yang sedikit.''

Menyentuh perkara sama, beliau berkata, kerajaan mesti melakukan sesuatu yang betul untuk ekonomi Malaysia walaupun tidak popular .

"Dengan berbuat demikian, kita boleh memastikan kemakmuran dalam tempoh jangka masa panjang untuk rakyat," katanya.

Berhubung rasionalisasi subsidi Perdana Menteri berkata, subsidi bahan api telah meningkat daripada RM1.6 bilion setiap tahun pada 2002 kepada RM2 bilion setiap bulan pada 2014 dan keadaan itu telah menyebabkan paras semasa subsidi tidak mapan.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan kerana bantuan itu sebahagian daripada manifesto kerajaan.

"Pelaksanaan BR1M juga adalah sebahagian daripada rasionalisasi subsidi kerana dengan beralih daripada subsidi secara menyeluruh kepada golongan sasar, kita boleh mendapat nilai yang lebih baik," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141010/dn_01/Belanjawan-2015-prorakyat#ixzz3FhltaQvs  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: