Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 15 October 2014

Kelayakan Euro 2016: Tak adil salahkan Hiddink - Van Persie


REYKJAVIK (Iceland): Robin van Persie enggan meletakkan kesalahan atas persembahan longlai Belanda dalam kempen Kelayakan Euro 2016 disebabkan kehilangan pengendali terdahulu, Louis van Gaal.

Belanda yang menamatkan kempen Piala Dunia di Brazil di tempat ketiga, Jun lalu bersama Van Gaal tumbang buat kali kedua dalam aksi kelayakan, awal pagi tadi dengan kekalahan 2-0 kepada Iceland di laman awal.

Guus Hiddink, yang menggantikan tempat Van Gal dikritik selepas tewas kepada Republik Czech pada aksi pertama bangkit dengan kemenangan ke atas Kazakhstan namun kekalahan ke atas Iceland menambah tekanan kepadanya.

REAKSI kecewa pemain Belanda, Daley Blind (kiri) dan Klaas Jan Huntelaar (kanan) ketika meninggalkan padang selepas tewas pada aksi kelayakan Euro 2016 kepada Iceland, awal pagi tadi. - Foto EPA

Namun penyerang Manchester United, Van Persie berkata tidak adil untuk meletakkan segala kesalahan ke atas Hiddink yang disifatkan sebagai pengurus yang cemerlang.


"Adalah tidak adil kesalahan diletakkan kepada Guus Hiddink," kata Van Persie kepada agensi televisyen Belanda, NOS. "Dia pengurus yang cemerlang, itulah yang kami lihat setiap hari.

"Kami bekerja keras di sini untuk mendapatkan keputusan yang baik namun Iceland mengambil kesempatan atas kesilapan kami. Melalui kecuaian kami sendiri dan kami memberikan mereka peluang," katanya.

Dalam pada itu, pemain tengah Oranje, Arjen Robben mengakui Belanda ketika ini 'tidak berada dalam keadaan yang baik.'

"Kami perlu memulakannya dengan kosong sekali lagi. Kami tidak boleh berpura-pura kami amat baik, kerana dengan jelas kami tidak," katanya.

WAJAH kecewa Arjen Robben selepas meninggalkan padang dengan kekalahan 2-0 ke atas Iceland dalam aksi Kelayakan Euro 2016 awal pagi tadi. - Foto EPA

Kedua-dua gol kemenangan Iceland dijaringkan pemain Swansea, Gylfi Sigurdsson dan menduduki tangga teratas Kumpulan A bersama Republik Czech selepas mengumpul sembilan mata penuh.

Lawan Belanda dalam kempen Kelayakan Euro 2016 selepas ini adalah menentang Latvia di laman sendiri pada November. - Agensi



KETUA jurulatih Belanda, Guus Hiddink. - Foto EPA

No comments: