Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 14 October 2014

EURO 2016 : Costa akhiri kemarau gol


DIEGO Costa (dua dari kiri) diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pertamanya buat Sepanyol ketika membantu pasukan itu membenam Luxembourg 4-0 dalam kelayakan Euro 2016 di Stadium Josy Barthel, Luxembourg , semalam. - AFP

LUXEMBOURG - Diego Costa meledak gol pertamanya bersama Sepanyol untuk membantu penyandang juara itu melakar kemenangan besar 4-0 ke atas Lu­xembourg dalam aksi kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2016, semalam.

Penyerang kelahiran Brazil itu gagal menjaringkan gol buat negara angkatnya dalam enam penampilan sebelum ini.

Namun semalam, dia menamatkan penantian itu apabila merembat bola dari jarak dekat pada minit ke-69 pada perlawanan yang berlangsung dalam hujan di Luxembourg City.

Bintang tengah Manchester City, David Silva terlebih dulu membuka jaringan La Roja pada minit ke-27 menerusi tendangan jarak jauh, sebelum mencipta gerakan untuk gol kedua yang disempurkan Paco Alcacer, tiga minit sebelum tamat babak pertama.

Selepas Costa menjadikan kedudukan 3-0, pemain gantian, Juan Bernat menambah gol keempat, dua minit sebelum tamat perlawanan Kumpulan C itu.

Semangat pemain Sepanyol untuk mencari kemenangan tetap tinggi biarpun dikejutkan dengan kekalahan 2-1 kepada Slovakia, Khamis lalu.

Kemenangan semalam meletakkan mereka kembali ke landasan untuk melayakkan diri dalam kumpulan yang turut dibarisi Ukraine, Belarus dan Macedonia.

Selepas mengharungi tiga perlawanan, Slovakia mendahului dengan sembilan mata selepas menang 3-1 di Belarus.

Sepanyol dan Ukraine masing-masing berkongsi enam mata. Ma­cedonia pula mengutip tiga mata, manakala Belarus serta Luxembourg berkongsi satu mata.

Pengendali Sepanyol, Vicente del Bosque melakukan empat pertukaran, yang menyaksikan David De Gea menggantikan kapten, Iker Casillas untuk menjaga gawang.

"Diego terdesak untuk mencipta jaringan bagi membalas sokongan yang kami berikan kepadanya.

"Dia mahu memberikan yang terbaik buat pasukan, namun saya beritahu dia supaya jangan terlalu memikirkan untuk menjaringkan gol, saya suruh dia bertenang," kata Del Bosque.

Costa berada di puncak prestasi selepas meledak sembilan gol buat kelabnya, Chelsea dalam kancah Liga Perdana Inggeris, tetapi kurang menyerlah apabila menyarung jersi Sepanyol. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20141014/sl_01/Costa-akhiri-kemarau-gol#ixzz3G5E8kr2w  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: