Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 30 October 2014

LIWAT : Pendakwaan akan beri hujah balas petang ini



30 Oktober 2014 3:22 AM

PUTRAJAYA 29 Okt. - Ketua pasukan pendakwaan dalam kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuktikan bahawa mereka atau saksi-saksi pendakwa tidak pernah bersetuju dengan mana-mana usul pembelaan sepanjang perbicaraan.

Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah menyatakan, pihaknya mempunyai penjelasan tersendiri terhadap setiap hujah yang ditimbulkan.

“Kami tidak pernah bersetuju dengan pembelaan. Kami ada jawapan sendiri atas isu Alel 18 dan akan memberikan jawapannya,” katanya ketika prosiding rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Beliau bangkit dan berkata demikian selepas salah seorang peguam Ketua Pembangkang itu, Datuk Seri Gopal Ramkarpal Singh kerap kali dalam hujahnya menyatakan bahawa pendakwaan dan saksi-saksi mereka bersetuju secara langsung atau tidak berhubung isu degradasi dan pencemaran sampel calitan kapas.

Menurut keterangan saksi pakar sebelum ini, ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong, terdapat kemunculan Alel 18 (sekuen gen) pada sampel calitan kapas yang diperoleh dari dubur bekas pembantu peribadi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 28.

(Alel adalah satu daripada dua atau lebih yang membentuk turutan asid deoksiribonukleik (DNA) sesuatu gen tertentu. Setiap gen boleh mempunyai alel yang berbeza.)

Pihak pembelaan mendakwa kehadiran Alel 18 menunjukkan terdapatnya penyumbang DNA ketiga di dalam dubur mangsa.

Saksi pakar tersebut menafikan mengenai kehadiran DNA pihak ketiga sebaliknya ia adalah dropping.

Terdahulu, Ramkarpal dalam hujahnya menyentuh mengenai isu degradasi dan pencemaran sampel-sampel calitan kapas.

Berhubung isu degradasi, Ramkarpal berkata, berdasarkan cara sampel-sampel itu dikendalikan oleh bekas pegawai penyiasat kes itu, Supritendan Jude Blacious Pereira, adalah mustahil saksi pakar pendakwa mendapat hasil ujian yang sangat bersih.

Pada perbicaraan sebelum ini, Pereira dalam keterangannya menyatakan, dia telah menyimpan bekas-bekas berisi calitan yang diambil 36 jam selepas kejadian di dalam laci besi di dalam biliknya dan bukan di dalam peti sejuk khas.

Tindakan itu juga, hujah Ramkarpal, akan menyebabkan sampel tercemar dan ini berkemungkinan telah berlaku sehingga menyebabkan munculnya Alel 18.

Sementara itu, pihak pendakwaan akan memulakan hujah balas mereka, petang esok. Hujah tersebut akan berlanjutan sehingga Jumaat ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Muhammad Shafee selepas Ramkarpal memberitahu beliau akan menamatkan hujahnya esok.

“Saya akan mengambil masa separuh hari untuk menghabiskan hujah saya. Cuma tinggal bahagian yang bukan teknikal sahaja,” ujar Ramkarpal.

Sementara itu, Muhammad Shafee ketika ditemui selepas tamat prosiding memberitahu, hujah balas esok akan menjawab kepada isu-isu yang ditimbulkan oleh pasukan pembelaan Ketua Pembangkang itu.

Beliau akan memulakan dengan menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh peguam bela utama, Gopal Sri Ram semalam.

Selain Sri Ram, peguam-peguam bela yang telah menamatkan hujah mereka ialah N. Surendran dan Sangeet Kaur Deo.

Berhubung rayuan balas pihak pendakwa berkaitan tempoh pemenjaraan Anwar, Muhammad Shafee memaklumkan, hujah mengenainya hanya akan dibuat sekiranya Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan salah Anwar.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/pendakwaan-akan-beri-hujah-balas-petang-ini-1.18624#sthash.fvgLoRc3.dpuf


No comments: