Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 14 October 2014

HASUTAN : Hishamuddin diperintah bela diri

Oleh MARZITA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

DARI KIRI ATAS: Hishamuddin, Tian Chua, DARI KIRI BAWAH: Safwan, Mohd Tamrin

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan aktivis propembangkang, Hishamuddin Md. Rais untuk membela diri atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan bagi mengguling kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dalam satu ceramah, 13 Mei tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha memutuskan demikian setelah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap tertuduh.

Hishamuddin yang diwakili peguam, Syahredza Johan memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dalam kandang saksi semasa perbicaraan peringkat pembelaan yang ditetapkan 13 November ini.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi mengemukakan empat saksi sepanjang perbicaraan di peringkat pendakwaan.

Hishamuddin, 63, didakwa menyebut kata-kata menghasut yang cenderung untuk membangkitkan rakyat negara ini untuk mengubah kerajaan yang tertubuh menurut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Perbuatan itu didakwa berlaku ketika berceramah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di No. 1, Jalan Maharajalela di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei tahun lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Hishamuddin didakwa atas pertuduhan itu bersama-sama Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua; Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Muhammmad Safwan Anang @ Talib, 25; ahli Pas, Mohd. Tamrin Abdul Ghafar, 64, dan peguam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, 55, bagaimanapun perbicaraan kes mereka dijalankan secara berasingan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20141014/ma_01/Hishamuddin-diperintah-bela-diri#ixzz3G59QUGzq  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: