Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 30 October 2014

Mampukah polis banteras judi haram?

Tinggal empat hari lagi untuk banteras mesin judi

OLEH ZULKIFLEE BAKAR (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY) | 30 Oktober 2014 3:23 AM

Antara keratan iklan yang menjadi tarikan untuk mengumpan kaki judi di salah sebuah premis kegiatan mesin judi haram di Malim, Melaka, semalam.

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Mampukah polis? Itulah persoalan yang timbul apabila pasukan itu di seluruh negara mempunyai empat hari sahaja lagi untuk memenuhi arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mahu kawasan mereka ‘dibersihkan’ daripada kegiatan mesin judi haram.

Dalam arahan yang dikeluarkan oleh beliau pada Ahad lalu, Khalid memberi tempoh seminggu untuk mereka berbuat demikian atau berhadapan dengan tindakan tegas termasuk ditukarkan 24 jam.

Walaupun ketegasan Khalid itu dipuji namun apa yang menjadi persoalan mampukah pasukan polis membanteras habis-habisan kegiatan haram itu sehingga ke akar umbi berdasarkan tempoh yang diberikan oleh beliau.

Ini kerana kebanyakan premis perjudian ketika ini dikatakan menutup operasi mereka berikutan arahan yang dikeluarkan oleh Khalid.

Semalam dalam pertemuan dengan ketua-ketua polis daerah, Khalid menyifatkan judi haram sebagai ‘duri dalam daging’ kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Oleh itu beliau mengingatkan, beberapa langkah drastik akan diambil antaranya tindakan buang kerja ke atas pegawai dan anggota polis yang bersekongkol dengan sindiket.

Sebelum ini Utusan Malaysia pernah mendedahkan dianggarkan terdapat lebih 20,000 premis perjudian di seluruh negara.

Apa yang menjadi kebimbangan ialah adakah sindiket hanya akan menghentikan kegiatan mereka untuk sementara sehingga keadaan kembali reda dan kemudiannya akan menyambung kembali kegiatan haram tersebut. Ini memandangkan jumlah serbuan oleh polis dilakukan berlipat kali ganda berbanding sebelum ini.

Justeru pelbagai pihak mahu polis terus mempergiatkan serbuan dari semasa ke semasa dan bukannya menghentikan operasi tersebut selepas tempoh diberikan oleh Khalid tamat.

Desakan itu berikutan wujudnya kebimbangan berlakunya kebocoran maklumat berhubung sesuatu serbuan sehingga menyebabkan operasi polis gagal di premis-premis yang menjadi sasaran.

Utusan Malaysia difahamkan, pada hari pertama Khalid mengeluarkan arahan itu beberapa premis mesin judi haram tidak beroperasi sehingga menimbulkan persoalan bagaimana maklumat arahan tersebut bocor.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mampukah-polis-banteras-judi-haram-1.18626#sthash.Hm6UFep8.dpuf


No comments: