Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 13 October 2014

BAJET : Sektor pendidikan terus diperkukuh - Najib


KUALA LUMPUR 10 Okt. - Sektor pendidikan negara terus diperkukuhkan dengan peruntukan sebanyak RM56 bilion kepada Kementerian Pendidikan untuk membiayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penekanan itu selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 serta memantapkan sekolah-sekolah yang memerlukan bimbingan serta bantuan khusus.

"Justeru, peruntukan sebanyak RM250 juta disediakan untuk menjayakan program Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah dan program Rakan Peningkatan Sekolah.

"Kerajaan juga akan memperluaskan program Sekolah Amanah yang telah dimulakan pada 2011 dan setakat ini sebanyak 30 buah Sekolah Amanah telah diwujudkan yang memanfaatkan lebih 20,000 pelajar dan 1,500 guru," katanya ketika membentangkan Bajet 2015 di Parlimen hari ini.

Menurut Najib, kerajaan juga akan membina 12 buah sekolah baharu merangkumi tujuh buah sekolah rendah, tiga buah sekolah menengah dan dua buah sekolah berasrama penuh di seluruh negara.

Jelas beliau, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion untuk meningkatkan pengambilan pelajar di kolej vokasional dan kolej komuniti melalui program Transformasi Vokasional dan Teknik.

Katanya, kerajaan juga akan meneruskan bantuan persekolahan RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah serta baucar buku RM250 kepada setiap pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini, tahun depan.

Jelas beliau, sebanyak RM540 juta disediakan untuk bantuan persekolahan itu yang akan disalurkan mulai Januari 2015 kepada seramai 5.4 juta pelajar

Katanya, dalam aspek keselamatan dan persekitaran pembelajaran pula, kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM800 juta untuk tujuan itu.

Dari segi penajaan pelajar, kata Najib, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM3 bilion menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.

Katanya, program MyBrain15 juga akan diperluaskan menerusi peruntukan sebanyak RM112 juta untuk mencapai sasaran menghasilkan 60,000 pemegang PhD (ijazah doktor falsafah) menjelang tahun 2023.

Menurut beliau, kerajaan akan memberi rebat 10 peratus untuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang membuat bayaran balik pinjaman secara berterusan sehingga 31 Disember 2015 dan 20 peratus diskaun untuk mereka yang membuat penyelesaian secara sekali gus sehingga 31 Mac 2015.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141011/dn_13/Sektor-pendidikan-terus-diperkukuh---Najib#ixzz3FzfyEkSK  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: