Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 14 October 2014

Lebih 450,000 pelajar duduki PT3


KHAIR Mohamad Yusuf meneliti pelajar menjawab soalan kertas Bahasa Melayu bagi PT3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul Utama, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Roy Azis Abd. Aziz

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Sebanyak 453,413 calon menduduki Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang julung kali diadakan di 2,608 pusat peperiksaan seluruh negara, bermula hari ini hingga Khamis (16 Okt).

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, ujian bertulis bagi peperiksaan yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu meliputi 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam.

Mata pelajaran selebihnya ialah Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Punjabi.

"Pengurusan dan pemeriksaan skrip jawapan calon bagi Ujian Bertulis PT3 adalah di bawah tanggungjawab pengetua sekolah.

"Bagaimanapun, Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pendidikan Negeri akan menjalankan moderasi pemeriksaaan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor calon," menurut kenyataan itu.

Pelaporan pencapaian murid bagi PT3 diberikan dalam bentuk Gred A, B, C, D, E dan F, jelas kenyataan itu..

PT3 dimulakan dengan instrumen kajian kes bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi pada 1 hingga 18 Julai, ujian lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 6 hingga 29 Ogos dan ujian bertulis dari 13 hingga 16 Okt.

PT3 dimulakan dengan instrumen kajian kes bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi pada 1 hingga 18 Julai, ujian lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 6 hingga 29 Ogos dan ujian bertulis dari hari ini hingga Khamis.

Sementara itu, semua set soalan ujian PT3 disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan diuruskan oleh pengurusan sekolah.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata setiap sekolah bertanggungjawab memilih set soalan akan dijawab calon ujian PT3 dan kebarangkalian soalan yang sama dipilih antara sekolah adalah rendah.

"Sebagai contoh, dalam 30 soalan oleh kementerian (Lembaga Peperiksaan), pihak sekolah akan memuat turun hanya satu atau dua soalan sahaja yang mungkin sama dengan sekolah lain," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan Ujian PT3 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sentul Utama, di sini.

Beliau berkata, proses pemeriksaan kertas ujian bertulis PT3 pula akan dilakukan oleh guru sekolah masing-masing dengan pemantauan dan verifikasi oleh pentaksir kawasan dan pentaksir negeri.

Mengenai pelaksanaan PT3 di SMK Sentul Utama, Khair berkata beliau berpuas hati dengan kerja-kerja persiapan dan pelaksanaan dari aspek pengurusan ujian bertulis PT3.

Turut hadir ialah Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Datin Nawal Salleh dan Pengetua SMK Sentul Utama Norsiah Yahya. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141014/dn_02/Lebih-450000-pelajar-duduki-PT3#ixzz3G57WfdKt  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: