Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 28 October 2014

Saiful harap tiada 
lagi penangguhan

Yakin Mahkamah Persekutuan buat keputusan adil

OLEH HUSSAINI AMRAN (HUSSAINI.AMRAN@UTUSAN.COM.MY) | 28 Oktober 2014 3:14 AM

Mohd. Saiful Bukhari Azlan

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Mohd. Saiful Bukhari Azlan berharap peguam yang mewakili Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan kes liwat terhadapnya di Mahkamah Persekutuan yang bermula esok tidak mencari alasan untuk mendapatkan penangguhan.

Bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata, ini kerana kes tersebut telah berlanjutan selama enam tahun dua bulan dan mencatatkan hampir 70 permohonan penangguhan.

Mohd. Saiful Bukhari berkata, kebenaran amat penting dan bermakna untuk beliau serta seluruh keluarga kerana ia melibatkan maruah dan masa depan.

“Sebagai pengadu dan rakyat kecil, saya berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar lalu memutuskan kes ini dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti-bukti dan semua keterangan sepanjang perbicaraan.

“Saya berdoa agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi (ura2 ada deal, harap tidak benar) agar beliau dibebaskan adalah suatu yang mustahil dilakukan,” katanya dalam kenyataan menerusi laman blog beliau di http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com hari ini.

Beliau juga bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan dan akan tetap istiqamah dengan kebenaran walaupun agak perit untuk ditanggung.

“Saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hamba-Nya yang menegakkan kebenaran. Jika tidak di dunia, di padang mahsyar pasti,” ujarnya.

Mohd. Saiful Bukhari turut menyatakan penghargaan kepada bapanya, Azlan Mohd. Lazim; iste­rinya, Nik Suryani Megat Deraman serta ahli-ahli keluarga yang lain kerana berdiri teguh, berdoa dan berkorban bersama beliau sejak lebih enam tahun lalu.

“Di saat ini, hanya Allah SWT sahaja tempat saya mohon pertolongan, berserah dan mengadu. Sama-sama kita tunggu keputusan mahkamah nanti,” katanya.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun setelah disabitkan bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang tersebut daripada tuduhan itu pada 9 Januari 2012.

Menurut Seksyen 94 (1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Mahkamah Persekutuan boleh membuat keputusan serta-merta selepas selesai mendengar rayuan akhir Anwar itu atau menetapkan tarikh baharu untuk berbuat demikian.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/saiful-harap-tiada-8232-lagi-penangguhan-1.17664#sthash.npuVFGz1.dpuf


No comments: