Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 17 October 2014

CAP 2015 : Nigeria pecat Stephen Keshi, pilih Shaibu



STEPHEN Keshi dipecat selaku ketua jurulatih skuad Nigeria, hari ini. - Foto AFP

CAPE TOWN: Stephen Keshi dipecat selaku ketua jurulatih skuad Nigeria, hari ini dan tempat dia digantikan oleh 'konsortium' jurulatih untuk mengendali baki dua perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika, bulan depan.

Persekutuan Bola Sepak Nigeria (NFF) mengesahkan perkembangan ini dalam satu kenyataan walaupun Keshi berjaya mengemudi The Super Eagles merakamkan kemenangan 3-2 ke atas Sudan di Abuja tempoh hari.




Shaibu Amodu.

'Konsortium' berkenaan akan diketuai Shaibu Amodu, yang kembali memegang jawatan berkenaan buat kali kelima.

Dia membimbing pasukan layak ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan sebelum digantikan oleh Lars Lagerback dari Sweden.

Salisu Yusuf, Gbenga Ogunbote dan Aloysius Agu adalah jurulatih lain yang terbabit dalam kumpulan ini untuk mengetuai cabaran juara bertahan itu. - Reuters

No comments: