Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 29 October 2014

Cadangan sistem skim rasionalisasi petrol diterima

29 Oktober 2014 5:02 AM

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Syarikat yang berkeupayaan membangunkan sistem bagi skim rasionalisasi subsidi petrol yang akan dilaksanakan tahun depan disaran menghantar kertas kerja mereka kepada kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK).
- Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, terdapat tiga kriteria yang ditetapkan bagi cadangan kertas kerja tersebut iaitu praktikal, tidak menyusahkan rakyat serta dapat mengelak daripada berlaku ketirisan.

Katanya, perkara kedua yang diambil kira adalah kos sistem yang dicadangkan haruslah bersesuaian dan tidak terlalu tinggi.

“Seterusnya, kami akan mengambil kira berapa jumlah subsidi yang dapat dijimatkan melalui sistem-sistem yang dicadangkan.

“Buat masa ini, kita masih di peringkat perancangan dan kami akan mencari syarikat yang boleh mengemukakan sistem terbaik untuk skim rasionalisasi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Agrobank dan Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman dan Presiden POKD, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan bahawa rakyat dengan gaji RM10,000 ke atas tidak akan menikmati subsidi petrol apabila skim rasionalisasi bahan bakar itu dilaksanakan.

Subsidi petrol akan hanya diberikan kepada golongan berpendapatan RM5,000 ke bawah, manakala golongan pertengahan yang berpendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 pula akan menerima subsidi lebih rendah.

Sementara itu, Ahmad berkata, penelitian skim rasionalisasi subsidi petrol tersebut berada di bawah tiga agensi iaitu Kementerian Kewangan, KPDNKK dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya, cadangan tangga gaji yang layak untuk mendapat subsidi petrol itu masih belum diperhalusi lagi dan mungkin jumlah pendapatan.

“Selain gaji, kerajaan juga akan mengambil kira tanggungan isi rumah dan mungkin juga akan ambil kira jumlah kenderaan yang dimiliki mereka,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/cadangan-sistem-skim-rasionalisasi-petrol-diterima-1.18128#sthash.2DgHf97t.dpuf


No comments: