Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 8 October 2014

POLITIK : Bekas ahli dakwa pemilihan CEC DAP tidak sah

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

S. Kogilavani (tiga, kiri) bersama bekas ahli DAP cawangan Taman Nesa membuat protes sambil menunjukan gambar dirinya bersama Lim Kit Siang selepas menyerahkan memorandum kepada Pendaftaran Pertubuhan di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 7 Okt. - Seorang bekas pengerusi cawangan DAP mendakwa Kongres Khas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September tahun lalu tidak boleh diiktiraf kerana menerima undi dari­pada perwakilan yang bukan lagi menjadi ahli.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Nesa, Skudai, Johor, S. Kogilavani berkata, dakwaannya itu berasaskan kepada isu yang membabitkan dirinya sendiri apabila dijemput menjadi perwakilan dalam kongres khas berkenaan sedangkan beliau telah keluar parti pada 2 Mei 2013 iaitu tarikh cawangannya dibubarkan.

Beliau berkata, adalah mustahil DAP tidak mengetahui perkara tersebut, namun disebabkan kuasa undi, parti berkenaan tetap mene­rimanya sebagai perwakilan yang layak untuk mengundi walaupun tidak lagi menjadi ahli.

"Oleh itu saya mohon ROS (Pendaftar Pertubuhan) membuat satu kenyataan rasmi berhubung perkara ini. Saya juga telah membuat satu laporan polis bahawa CEC tidak boleh diiktiraf kerana menerima undi daripada mereka yang bukan lagi ahli DAP iaitu saya sendiri.

"Tidak mungkin DAP tidak tahu yang saya telah keluar parti dan persoalannya sekarang mengapa calon seperti A. David Dass (bekas Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi) dibenarkan tarik diri tetapi perwakilan (bekas ahli) dibenarkan pula mengundi. Adakah DAP mengamalkan dwi standard dalam isu ini?" soalnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di ibu pejabat ROS di sini hari ini.

Beliau bersama beberapa bekas ahli DAP Cawangan Taman Nesa datang ke pejabat tersebut untuk menyerahkan satu memorandum kepada ROS menuntut satu tindakan sewajarnya terhadap Kongres Khas CEC kerana menerima undi daripada bukan ahli.

Dalam perkembangan berkaitan, Kogilavani juga mahukan satu jawapan daripada Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng mengenai status 120 cawangan DAP yang belum berdaftar tetapi boleh hadir mengundi pada kongres khas berkenaan.

Dalam isu tersebut, katanya, beliau telah meminta ROS mengambil tindakan tegas sejak November tahun lalu melalui satu surat bertarikh 22 November 2013 termasuk surat berdaftar bertarikh 5 Februari 2014.

Walau bagaimanapun katanya, sehingga saat ini tiada sebarang tindakan daripada ROS yang sekali gus membolehkan DAP mengadakan mesyuarat agung di peringkat cawangan selain mengadakan pelbagai jenis aktiviti.

Katanya, beliau secara peribadi sanggup ke mahkamah membantu ROS mengendalikan isu berkaitan kongres khas tersebut.

"Saya juga tahu saya bukan lagi ahli tetapi saya tetap pergi ke kongres khas itu kerana saya mahu melihat dan menguji sejauh mana ketelusan DAP dalam isu ini," ujarnya.

Menjawab satu soalan beliau berkata, sewajarnya ROS mengambil tindakan secepat mungkin terutama berhubung status Guan Eng sebagai Setiausaha Agung serta kedudukan pemimpin-pemimpin DAP yang lain memandangkan hal berkaitan dengan kongres khas itu belum selesai sepenuhnya.

"Saya hanya wanita biasa dan tiada apa-apa kepentingan kerana bagi saya apa lebih penting masyarakat jangan ditipu oleh DAP,'' ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20141008/po_03/Bekas-ahli-dakwa-pemilihan-CEC-DAP-tidak-sah#ixzz3FWRE60tG  © Utusan Melayu (M) Bhd 




No comments: