Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 24 October 2014

POLITIK : Pasma: Khalid persoal larangan Majlis Syura

OLEH MOHD. ASRON MUSTAPHA (MOHDASRON.MUSTAPHA@UTUSAN.COM.MY) | 24 Oktober 2014 1:42 AM

Khalid Abdul Samad

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad terus bersikap seperti duri dalam daging kepada kepemimpinan Pas apabila mempertikai pendirian parti tersebut yang melarang ahlinya menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Beliau yang tidak pernah sunyi daripada kontroversi berkata, Pas sepatutnya menyokong Pasma dan bukannya melarang ahli menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu kerana matlamat kedua-dua organisasi sama iaitu menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Kenyataan Khalid yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat sebagai membelakangkan arahan Majlis Syura Ulama sendiri selaku badan tertinggi dalam Pas yang mahu ahli-ahli parti menjauhi Pasma.

“Matlamat utama di sebalik penubuhan Pasma, mengikut kata Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi adalah untuk memastikan Pas kekal bersama pakatan. Sekiranya matlamat ini selari dengan Pas, mengapa perlu menentang dan melarang ahli bersama Pasma?

“Oleh kerana matlamat Pasma adalah selari dengan matlamat Pas seperti diputuskan dalam muktamar, iaitu istiqamah bersama pakatan, saya syorkan Pas membantu Pasma dan tidak sebaliknya,” katanya menerusi laman blognya, www.khalidsamad.com.

Pada 12 Oktober lalu, Majlis Syura Ulama Pas menerusi setiausahanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh meminta semua ahli Pas jangan melibatkan diri dengan sebarang kegiatan Pasma kerana tindak-tanduk NGO berkenaan boleh memecah-belahkan parti.

Jelas Nik Muhammad, langkah berkenaan selaras dengan peringatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas ke-60 baru-baru ini, supaya tidak berlaku kewujudan ‘jemaah dalam jemaah dan parti dalam parti’.

Dalam pada itu, Khalid juga tidak ketinggalan mengulas mengenai dakwaan bahawa penubuhan Pasma adalah platform untuk menjatuhkan Abdul Hadi dengan menafikan perkara tersebut tetapi ulasan yang diberinya menimbulkan pelbagai persoalan.

“Ada kata hasil usaha Pasma, kemungkinan akan ada yang mencabar Presiden di muktamar akan datang. Apa masalahnya? Terpulanglah pada ahli sekiranya ada yang ingin melakukannya. Ia tidak salah dari segi perlembagaan dan adat berorganisasi,” katanya.

“Kalau tiada Pasma sekalipun tidak mustahil ia boleh berlaku. Saya yakin Presiden boleh menghadapi siapa juga pencabarnya. Ada yang anggap sebaliknya? Ada yang anggap perwakilan akan sokong pihak yang mencabar? Mengapa,” soal Khalid tanpa menyatakan jawapan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pasma-khalid-persoal-larangan-majlis-syura-1.16265#sthash.ct7HmVLp.dpuf


No comments: