Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 15 October 2014

Euro 2016: Jerman sekadar seri, Ronaldo selamatkan maruah Portugal



PEMAIN Portugal, Ricardo Quaresma (kiri) diberi amaran oleh pengadil perlawanan, Felix Brych (dua dari kiri) selepas mengasari pemain Denmark, Simon Kjaer (bawah) dalam aksi perlawanan kelayakan Euro 2016, di Copenhagen, Denmark awal pagi tadi. - Foto EPA

PARIS: Juara dunia, Jerman sekali lagi berdepan kebuntuan dalam kempen kelayakan Euro 2016 selepas sekadar seri 1-1 dengan Republik Ireland pada perlawanan awal pagi tadi manakala Cristiano Ronaldo menanduk gol tunggal pada masa kecederaan untuk menyelamatkan maruah Portugal.

Tandukan Ronaldo membolehkan Portugal menang 1-0 ke atas Denmark bagi memulakan kempen kelayakan. Bagaimanapun, perlawanan di antara Serbia dan Albania dalam Kumpulan I

terpaksa dibatalkan kerana masalah di kalangan penonton yang tercetus di Belgrade.

Jerman ditimpa kekalahan pertama sejak 2007 apabila tumpas 2-0 di tangan Poland pada perlawanan Kumpulan D minggu lalu. Apapun, juara Piala Dunia itu diberikan sambutan luar biasa di Stadium Gelsenkirchen apabila penonton membuat formasi tertulis 'Terima Kasih' yang membuktikan kekalahan itu tidak berupaya membayangi kejayaan mereka pada Julai lalu.

Namun, hanya lima pemain yang menjadi kesebelasan utama ketika menewaskan Argentina di Rio de Janeiro tiga bulan lalu diturunkan ketika menentang skuad Martin O'Neill.

Pemain Borussia Dortmund, Erik Durm yang disenaraikan dalam skuad Piala Dunia tetapi tidak beraksi, hampir menemui sasaran apabila sepakannya terkena palang pada babak pertama sebelum

Toni Kroos merembat pada minit ke-71 bagi meletakkan anak buah Joachim Loew di depan.

Bagaimanapun, Ireland membuat kejutan apabila menyamakan kedudukan pada masa tambahan untuk mencari gol menerusi pertahanan veteran, John O'Shea.

Keputusan itu bermakna Poland kini di tangga teratas Kumpulan D mengatasi Ireland dengan perbezaan gol manakala Scotland dan Jerman ketinggalan tiga mata. Georgia pula menundukkan

Gibraltar 3-0 untuk meraih mata pertama mereka.

Di Warsaw, Poland mendahului ketika menentang anak buah Gordon Strachan menerusi Krzysztof Maczynski, tetapi Shaun Maloney dan Steven Naismith menemui sasaran

untuk Scotland.

Tuan rumah kemudiannya menarik nafas lega apabila Arkadiusz Milik menyamakan kedudukan yang berkesudahan seri 2-2.

Selain itu, di Copenhagen, Cristiano Ronaldo menanduk masuk hantaran Ricardo Quaresma lima minit masa tambahan bagi menjaringkan gol ke-51 dalam perlawanan antarabangsa dan memberikan Portugal kemenangan ke atas Denmark di bawah bimbingan jurulatih baharu, Fernando Santos.

Sementara itu, Ireland Utara mencatat kemenangan ketiga dalam kelayakan Kumpulan F dengan kejayaan 2-0 ke atas Greece ketika aksi di Piraeus dengan Jamie Ward dan Kyle Lafferty

masing-masing menjaringkan satu gol untuk menceriakan anak buah Michael O'Neill.

Dalam Kumpulan E, Switzerland meraih mata pertama hasil kemenangan 4-0 ke atas San Marino, dengan Haris Seferovic menyumbat dua gol dan Blerim Dzemaili serta Xherdan Shaqiri turut menjaringkan gol.

Perlawanan berikutnya akan diadakan pada 14 hingga 16 November depan. - AFP

No comments: