Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 13 October 2014

BAJET : Harga 532 barang pengguna turun


KUALA LUMPUR 10 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak 56 peratus atau 532 daripada 944 barang dan perkhidmatan yang terdapat dalam Bakul Barangan Indeks Harga Pengguna dijangka mengalami penurunan harga sehingga 4.1 peratus apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan April tahun depan.

Menurut Perdana Menteri, antara produk tersebut adalah ubat-ubatan, barangan elektrik seperti peti sejuk dan mesin basuh, produk tekstil, barangan plastik seperti baldi dan pinggan mangkuk, kasut dan selipar, perabot rumah, lampin bayi, sabun, daging, telur ayam, minyak masak, makanan laut, beras dan sayur-sayuran.

"Bagi memudahkan rakyat apabila sistem cukai itu dilaksanakan, kerajaan akan mengeluarkan panduan pembeli bagi membolehkan mereka membuat perbandingan harga sebelum dan selepas GST," katanya ketika membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Katanya, kira-kira 354 jenis barang dan perkhidmatan yang lain pula akan mengalami kenaikan harga namun tidak melebihi 5.8 peratus.

"Apa yang penting, kerajaan berharap para peniaga bersifat bertanggungjawab dengan tidak meningkatkan harga sehingga membebankan rakyat," katanya.

Beliau berkata, sebenarnya kesan langsung daripada pelaksanaan GST adalah membolehkan kerajaan mengurangkan beban cukai kepada rakyat apabila kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan.

Melalui langkah itu katanya, sebanyak 300,000 orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayarnya.

"Golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan pula tidak lagi mempunyai tanggungan cukai dan cukai pendapatan individu juga akan distruktur semula di mana pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000.

"Kadar cukai maksimum yang kini 26 peratus pula dikurangkan kepada 24 peratus, 24.5 peratus dan 25 peratus. Justeru, pembayar cukai akan menikmati penjimatan bayaran cukai sekurang-kurangnya sebanyak 5.3 peratus," tambahnya.

Najib memberitahu, bagi tahun taksiran 2015, kadar cukai pendapatan koperasi juga dikurangkan satu hingga dua mata peratusan, yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai juga dibenarkan potongan cukai.

"Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus dan kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata daripada 20 peratus kepada 19 peratus," katanya.

Perdana Menteri berkata, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan pada tahun depan diunjurkan sebanyak RM235.2 bilion, peningkatan sebanyak RM10.2 bilion berbanding 2014.

"Dengan pelaksanaan GST, hasil kutipan kerajaan dianggarkan berjumlah sebanyak RM23.2 bilion ringgit. Walau bagaimanapun, sebagai kerajaan yang prihatin, kita telah mengecualikan sebilangan barangan yang keseluruhannya dianggarkan RM3.8 bilion.

"Harus diketahui, dengan pelaksanaan GST, maka cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dimansuhkan yang menyebabkan kehilangan hasil kerajaan sebanyak RM13.8 bilion. Ertinya, apabila ditolak RM13.8 bilion dan RM3.8 bilion daripada kutipan RM23.2 bilion, baki yang ada, berjumlah RM5.6 bilion," jelasnya.

Menurutnya, sebanyak RM4.9 bilion daripada baki itu disalurkan kembali untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Perdana Menteri berkata, GST merupakan langkah kerajaan bagi mengukuhkan kedudukan kewangan negara untuk menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh dan mengurangkan defisit fiskal bagi mencapai bajet berimbang.

"Selain itu, kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST daripada 200 unit kepada 300 unit pertama. Ini bermakna, sebanyak 70 peratus isi rumah akan mendapat manfaat langsung.

"Bagi memastikan pelaksanaan GST tidak membebankan rakyat, kerajaan bersetuju supaya penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST," ujarnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, bagi membantu para peniaga bersedia dengan pelaksanaan GST, kerajaan akan memberi geran latihan sebanyak RM100 juta untuk menghantar kakitangan menjalani latihan tentang cukai itu.

"Kos pembelian peralatan dan perisian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan diberi Elaun Modal Dipercepatkan dan perbelanjaan latihan perakaunan serta ICT berkaitan GST diberi potongan cukai tambahan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141011/dn_08/Harga-532-barang-pengguna-turun#ixzz3FzXZrNdD  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: