OLEH MOHAMAD SHOFI MAT ISA (SHOFI.ISA@UTUSAN.COM.MY) | 28 Oktober 2014 1:12 AM
PAHANG memiliki antara pemain barisan terbaik yang bukan saja mampu membawa mereka mempertahankan kejuaran Piala Malaysia, malah mempamer aksi berkualiti di pentas akhir, Sabtu ini.
PAHANG memiliki antara pemain barisan terbaik yang bukan saja mampu membawa mereka mempertahankan kejuaran Piala Malaysia, malah mempamer aksi berkualiti di pentas akhir, Sabtu ini.
SEBAHAGIAN besar pemain terbaik Liga Malaysia berada dalam skuad JDT, justeru prestasi Harimau Selatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil hujung minggu ini menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan.
KUANTAN – Perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 yang dilabel sebagai ‘pertembungan dua gergasi’ harus mempertontonkan satu pertarungan berkualiti, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) masing-masing turun dengan reputasi gah, justeru pertemuan di antara gergasi Pantai Timur dan gergasi Selatan itu akan menggambarkan mutu bola sepak negara ini.
Skuad Tok Gajah turun dengan misi mempertahankan kejuaraan, selain mencari trofi kedua musim ini selepas muncul juara Piala FA.
JDT, yang melayakkan diri ke final Piala Malaysia buat kali pertama pula bersemangat untuk merangkul gelaran berganda selepas dinobat sebagai juara Liga Super.
Malah, mereka juga mahu mengulangi pencapaian MPPJ yang menjadi kelab pertama dinobat juara Piala Malaysia pada 2003, selain mengulangi kemenangan yang dilakukan skuad negeri, Johor (kini dikenali JDT II) yang kali terakhir menjulang kejuaraan berprestij itu pada 1991 selepas menumpaskan Selangor 3-1.
“Saya amat berharap pada perlawanan akhir itu nanti kedua-dua pasukan akan mempamer permainan berkualiti dan penonton akan berpuas hati.
“Saya percaya kedua-dua pasukan hendak menang dan kedua-dua penyokong juga hendak pasukan masing-masing menang,” kata Tengku Abdullah.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Santapan dan Penyerahan Bendera Sempena Kembara Wartawan Pahang bagi menakluk puncak paling tinggi di utara Asia Tenggara, Gunung Fansipan dan melakukan selaman di Teluk Ha Long Vietnam, semalam.
Tengku Abdullah berkata, permainan berkualiti penting untuk menunjukkan mutu bola sepak di negara ini semakin meningkat selain menarik minat penyokong hadir ke stadium.
Beliau dalam pada itu turut menasihatkan penyokong kedua-dua pasukan supaya berdisiplin dan tidak mencemarkan perlawanan akhir itu.
Tengku Abdullah berharap penyokong tidak membawa barangan yang tidak dibenarkan seperti suar dan mercun serta tidak mencetusprovokasi.
Ditanya mengenai pasukan yang menjadi pilihannya, Tengku Abdullah berkata, beliau berharap pasukan terbaik akan menang.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-gergasi-kena-tunjuk-kualiti-8217-1.17480#sthash.hBKhXQCe.dpuf
No comments:
Post a Comment