Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 16 July 2014

PBB perlu lindungi penduduk Palestin - Abbas


SEORANG penduduk Palestin mengangkat mayat Moaid Alaraj, 3, yang terkorban apabila rumah keluarganya ranap dalam serangan udara Israel untuk di kebumikan di Khan Younis, selatan Gaza, kelmarin. - AGENSI

RAMALLAH 14 Julai - Presiden Pa­lestin, Mahmoud Abbas meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meletakkan Palestin di bawah 'perlindungan antarabangsa' ketika angka korban penduduk Pa­lestin akibat serangan tentera Israel ke atas Gaza meningkat kepada 172 orang apabila empat lagi kematian dicatatkan, hari ini.

Pertubuhan Pembebasan Pa­lestin (PLO) dalam kenyataannya berkata, Abbas akan menghantar sepucuk surat kepada Setiausaha Agung PBB, Ban ki-Moon melalui Koordinator Khas PBB bagi Proses Perdamaian Asia Barat, Robert Serry untuk meminta satu suruhanjaya khas ditubuhkan bagi menyia­sat tindakan Israel melancarkan serang­an udara ke atas Gaza.

"Beliau turut mahu Israel dikenakan sekatan kerana membahayakan nyawa orang awam, sekali gus melanggar Konvensyen Geneva selain mengambil beberapa langkah untuk mengatasi situasi meruncing di wilayah berkenaan.

"Palestin juga akan mengadakan mesyuarat tergempar dengan Majlis Hak Asasi Manusia PBB bagi membincangkan krisis di Gaza dan mengambil tindakan terhadap rejim Zionis Israel kerana melanggar undang-undang antarabangsa," jelas kenyataan itu.

PBB tidak memberi maklum balas tentang hasrat Abbas itu, tetapi Ban menyuarakan kebimbangan ter­hadap tindakan Israel melancarkan serangan darat yang boleh mening­katkan jumlah korban dan pen­deritaan penduduk Palestin di Gaza.

Sementara itu, jumlah penduduk Palestin yang cedera mencecah 1,230 orang dalam serangan udara yang masuk hari ketujuh, hari ini.

Rejim Zionis Israel turut meningkatkan serangan meriam dan udara ke atas wilayah Gaza serta bersedia melancarkan operasi darat, sekali gus memaksa kira-kira 17,000 penduduk Palestin di Beit Lahiya me­larikan diri ke kawasan utara.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140715/lu_05/PBB-perlu-lindungi-penduduk-Palestin---Abbas#ixzz37c9WACRq  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: