‘Pembohongan besar Saifuddin’
DARI UTUSAN MALAYSIA
11.3.2011
KUALA LUMPUR 10 Mac – “Siapa Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat) nak persoalkan kebenaran? Dia pun tidak ada dalam mesyuarat pada masa itu kerana bukan Ahli Majlis Tertinggi (MT). Jadi, bagaimana dia boleh pertikaikan apa yang Tun (Tun Dr. Mahathir Mohamad) tulis?”
Demikian tegas Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mengenai dakwaan Saifuddin yang mendakwa Dr. Mahathir berbohong dalam memoir bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Menurut Ahli Parlimen Bebas itu, beliau sendiri hadir di dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO ketika itu apabila MT memutuskan memecat Anwar daripada UMNO.
“Saifuddin antara lain pertikai kebenaran apa yang ditulis oleh Dr. Mahathir mengenai peristiwa 4 September 1998. Ketika itu, MT bermesyuarat mengenai Anwar yang pada waktu itu merupakan Timbalan Presiden UMNO.
“Buku (memoir) Dr. Mahathir pada muka surat 688 menceritakan bagaimana MT bermesyuarat berbincang untuk menentukan kedudukan Anwar yang telah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu itu. Saya salah seorang ahli MT. Saifuddin tidak ada dalam mesyuarat kerana bukan MT.
“Dia kata Anwar tak diberi peluang untuk bercakap dan kononnya bila Dr. Mahathir mempengerusikan mesyuarat, beliau terus berkata mesyuarat bincang nak pecat Anwar. Itu pembohongan besar,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Terdahulu, Saifuddin pada sidang akhbar di lobi Parlimen antara lain mendakwa Dr. Mahathir berbohong berhubung pemecatan Anwar seperti yang ditulis dalam memoir berkenaan.
Menurut Saifuddin, apa yang berlaku pada Mesyuarat MT UMNO 4 September 1998 masih segar di ingatannya kerana mengiringi Anwar ke tingkat 38, Menara Datuk Onn - tempat berlangsungnya mesyuarat berkenaan.
Sementara itu, mengulas lanjut, Ibrahim berkata, Dr. Mahathir telah membentangkan kes Anwar dalam mesyuarat tersebut dan menyatakan mengapa beliau memecatnya.
“Sesudah Dr. Mahathir membentangkan kes, beliau meminta Anwar untuk memberikan respons dan reaksi. Anwar pun bercakap panjang lebar dan dua kali beliau menumbuk meja.
“Sesudah Anwar bercakap, Dr. Mahathir buat secara adil dan bertanyakan kepada MT untuk memberi pandangan mereka. Ini sangat demokratik. Namun, tiada siapa nak bercakap. Saya yang pertama cakap.
“Dakwaan Saifuddin persoalkan kebenaran, itu tindakan tidak bertanggungjawab dan ada agenda politik. Dia bimbang memoir itu akan mempengaruhi rakyat untuk tidak lagi menyokong Anwar,” katanya.

KOMEN : RAKYAT TIDAK PERLU MENYOKONG ANWAR YANG SUKA BERCAKAP BOHONG, MEMBUAT TUDUHAN TANPA BUKTI, MENJADI PENYOKONG TEGAR YAHUDI, SUKA MEMBURUKAN MALAYSIA DILUAR NEGARA, MEMBUAT JANJI PALSU, PENJENAYAH SEKS, DIKELILINGI OLEH KRONI YANG TELAH DIKAYAKAN SEMASA BELIAU MENJADI MENTERI KEWANGAN DAN YANG PALING PENTING MOTTO BELIAU IAITU MATLAMAT MENGHALAKAN CARA UNTUK BERKUASA.....
2 comments:
Assalam Syng Daddy,
Buku Tun dah habis di pasaran...huarghhhh...
Assalam Sayang Mum
Kat mana kita jumpa kita beli aje...
Post a Comment