Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 3 March 2011

Serangkap pantun Aziz Tapa buat pengundi Merlimau


DARI BERITA HARIAN
2011/03/03


JASIN: Tan Sri Abdul Aziz Tapa, tokoh politik dan budaya yang terkenal, mempunyai serangkap pantun khas untuk pengundi di Merlimau:

Pilih pilih tempat mandi.
Pertama teluk kedua pantai.
Pilih pilih tempat menjadi.
Pertama elok kedua pandai.

Veteran UMNO itu, yang ditemui di rumahnya di sini menjelang pengundian dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau Ahad ini, jelas merujuk pantunnya itu kepada calon Barisan Nasional, Roslan Ahmad, yang disifatkannya sebagai pewaris kepimpinan pejuang terdahulu dan seorang anak muda yang rajin bekerja dan disenangi masyarakat. Bapa Roslan, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin, adalah sahabat karib dan rakan seperjuangan Abdul Aziz dalam UMNO.

Pada satu ketika, Ahmad adalah Ketua UMNO Bahagian Jasin dan Abdul Aziz adalah timbalannya. "Saya amat mengenali rapat keluarga ini, sebagai orang lama saya dapat melihat dan yakin Roslan mampu menjadi seorang wakil rakyat yang disenangi masyarakat," katanya.

Dalam pilihan raya kecil itu, Roslan, 44, ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin, berdepan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan daripada BN pada 20 Januari akibat serangan jantung.

Bapa saudara Roslan pula ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin yang juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu selama tiga penggal (1986-1999).

Abdul Aziz, lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, pada 1947, pernah menjadi guru dan pengetua di beberapa sekolah di Melaka termasuk sekolah di Merlimau. "Tok Mat (allahyarham Ahmad) juga seorang anak murid saya, dan sejak di bangku sekolah dia menunjukkan bakat kepimpinan," katanya yang ketika itu mengajar di sekolah rendah Merlimau.

Beliau yakin darah perjuangan yang mengalir dalam tubuh Roslan akan menjadikan beliau seorang pemimpin yang benar-benar membela rakyat tanpa mengira keturunan dan agama.

"Keluarga yang mendidik anak muda ini (Roslan) adalah daripada golongan orang yang baik-baik, ikhlas bekerja untuk rakyat," kata Abdul Aziz yang terkilan kerana tidak dapat turun ke Merlimau berkempen kerana sakit dibahagian lutut.

Abdul Aziz, yang dilahirkan di Kampung Rim, Jasin tidak jauh dari Merlimau, sentiasa mengikuti pembangunan yang berlaku di seluruh kawasan Merlimau. "Merlimau tempat permainan saya, ramai orang Merlimau yang saya kenal, kalau dengar kaum Tionghua yang tinggal di sebelah pantai bercakap, bunyi Melayunya lebih dari Melayu," katanya.

Daripada segi pembangunan di Merlimau, Abdul Aziz berkata, bahawa dulu kehidupan rakyat di situ memang susah, dan mereka tinggal dalam rumah kayu tiang bulat, nampak buruk macam nak roboh dan jalan raya bertar hanya satu iaitu Melaka-Muar. Katanya, hasil kegigihan perjuangan pemimpin kerajaan Barisan Nasional, pembangunan yang membawa kepada kemajuan di Merlimau dan Melaka keseluruhannya, dapat dilihat dengan jelas sekarang ini. "Sekarang rumah batu sudah banyak, jalan raya, bekalan elektrik, air dan lain-lain disediakan oleh kerajaan untuk kesenangan rakyat," katanya.

Abdul Aziz yang terbabit membantah Malayan Union bersama UMNO yang dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar, berkata pemerintahan penjajah Inggeris membuatkan orang Melayu ketinggalan dalam semua bidang tetapi keududkan sosio-ekonomi orang Melayu mula berubah selepas negara mencapai kemerdekaan dengan pengisiannya dilakukan oleh pemimpin yang berwawasan.

"Anak-anak muda sekarang sudah tidak lagi merasai keperitan yang kami lalui, mereka sudah senang, pelbagai kemudahan prasarana sudah ada," katanya. Sambil tersenyum, Abdul Aziz menasihati pengundi supaya memilih calon "yang elok dan pandai" seperti yang diungkapkan dalam pantunnya itu. - BERNAMA


KOMEN : DENGARLAH KATA BEKAS PEJUANG MELAYU/ISLAM. BUKAN DENGAR FATWA SONGSANG PAS YANG AKAN MEMUNDURKAN DAN MEMINGGILKAN ORANG MELAYU. LIHAT SAJA APA YANG TERJADI PADA ORANG MELAYU P.PINANG YANG DIPERMAINKAN OLEH CINA DAP. PILIHLAH PERTAMA ELOK KEDUA PANDAI.

No comments: