Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 18 March 2011

Ada pihak bimbang kejayaan 1Malaysia


DARI UTUSAN MALAYSIA
18.3.2011


KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penerimaan rakyat yang semakin meningkat terhadap gagasan 1Malaysia menyebabkan ada pihak bimbang dan sentiasa mencari muslihat untuk menimbulkan penafsiran yang berbeza serta mengelirukan mengenainya.

Perdana Menteri berkata, pihak tersebut juga akan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelitkan fakta, mengaburkan perkara yang jelas dan menggelapkan yang terang demi mewujudkan modal politik yang boleh ditabur kepada rakyat.

"Sudah tentu kejayaan gagasan 1Malaysia kurang disenangi oleh pihak tertentu yang hanya memikirkan manfaat politik yang dapat diraih apabila berlaku persengketaan dan perselisihan faham antara kaum.

"Golongan ini tidak perlu dipedulikan, yang jelas sebilangan besar rakyat menerima 1Malaysia sebagai konsep yang mengeratkan talian muhibah di kalangan semua kaum selain menyemarakkan semangat cinta kepada negara. Inilah matlamat utama gagasan ini diperkenalkan," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang mengolah semula konsep 1Malaysia supaya tidak diputarbelitkan oleh pihak tertentu sehingga memberi persepsi mengelirukan kepada rakyat dengan penafsiran yang berbeza dan pelbagai.

Perdana Menteri menambah, sejak pelancaran gagasan 1Malaysia sebaik sahaja beliau mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 3 April 2009, penerimaan rakyat terhadap gagasan itu amat memberangsangkan.

"Pada peringkat awal ada pihak yang cuba memanipulasikan 1Malaysia bagi mewujudkan polemik demi kepentingan politik mereka, namun dengan penjelasan yang terperinci di pelbagai peringkat, penerimaan yang amat baik jelas kelihatan di kalangan rakyat," katanya.

Menjawab soalan tambahan Zulkifli yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membuat penjenamaan 1Malaysia kepada konsep Malaysian-First dengan slogan 'Negara Didahulukan, Rakyat Diutamakan', Perdana Menteri berkata, penjelasan lebih terperinci mengenai 1Malaysia perlu diberi keutamaan.

"Saya anggap walaupun kita telah banyak beri penjelasan dan penerimaan pun semakin ketara, tetapi penjelasan demi penjelasan perlu diberikan supaya kita sampai ke satu peringkat di mana gagasan ini difahami sepenuhnya," katanya.

Perdana Menteri berkata, pemahaman terhadap 1Malaysia perlu dihubungkaitkan dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' iaitu prinsip yang boleh membawa kekuatan kepada negara.

Menjawab soalan tambahan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengenai langkah kerajaan bagi menghadapi pihak-pihak yang mahu menjejaskan perpaduan negara, Najib berkata, golongan itu tidak dapat dielakkan.

"Dalam sebuah masyarakat yang begitu kompleks, memang akan ada masalah. Sebab itu kita ada 1Malaysia iaitu nilai yang boleh dihayati setiap rakyat untuk mengurangkan masalah antara kaum," katanya.


KOMEN : RAKYAT MALAYSIA YANG BERFIKIRAN WARAS AKAN MENERIMA GAGASAN 1MALAYSIA DENGAN HATI TERBUKA DAN AKAN TERUS MENYOKONG KERAJAAN BAGI PEMBANGUNAN NEGARA. BAGI YANG TAK SUDI MENYOKONG TU PUN KITA FAHAM SEBAB FIKIRAN MEREKA SUDAH DIJUMUDKAN OLEH PARTI YANG MEREKA SOKONG. USAH DILAYAN SANGAT MAHLUK-MAHLUK YANG PERASAN BAGUS DAN DIA AJE YANG BETUL. BAGI PIHAK-PIHAK YANG MAHU MRNJEJASKAN PERPADUAN NEGARA- ISA KAN AJE MEREKA TU DAN ANGGAPLAH MEREKA MERUPAKAN ANASIR PEROSAK KEPADA RAKYAT DAN NEGARA.

No comments: