DARI UTUSAN MALAYSIA
SIDANG PARLIMEN
KUALA LUMPUR 8 Mac - Kerajaan hari ini dicadang supaya menubuhkan Suruhanjaya Perlucutan Kerakyatan bagi melucutkan kewarganegaraan terhadap mana-mana rakyat yang jelas terbukti tidak menunjukkan kesetiaan kepada negara.
Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata, tindakan tegas seperti itu perlu diambil kerana sudah ada individu yang sanggup memburukkan negara melalui tindakan bercanggah dengan undang-undang.
Tanpa mengira kaum dan keturunan beliau berkata, mereka yang sengaja berbuat demikian sememangnya tidak layak menjadi rakyat Malaysia.
''Sebagai contoh baru-baru ini terdapat seorang pemimpin pertubuhan haram iaitu Pengerusi Hindraf yang kini bersembunyi di London telah menghantar memorandum kepada 21 pihak dengan memburuk-burukkan Malaysia.
''Oleh itu, sama ada kaum Melayu, Cina, India atau sesiapa sahaja yang menjadi warganegara tetapi tidak menunjukkan kesetiaan kepada negara sememangnya tidak wajar menjadi rakyat Malaysia. Oleh itu adalah penting kerajaan wujudkan suruhanjaya ini untuk mengambil tindakan ke atas individu berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Ibrahim berkata, adalah penting suruhanjaya itu diwujudkan supaya rakyat tidak sewenang-wenangnya memburukkan negara seperti mana yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu, beliau turut meminta kerajaan meminda Akta Hasutan atau mewujudkan satu undang-undang baru bagi melarang mereka yang bukan Islam mempersoalkan seruan azan serta membaca petikan ayat-ayat suci al-Quran khususnya ketika berkempen.
Beliau berkata, syor itu adalah sejajar dengan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
''Ketika ini sudah ada pihak bukan Islam mempersoalkan seruan azan selain tindakan beberapa ahli politik bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran sedangkan mereka sebenarnya dilarang berbuat demikian.
''Begitu juga kejadian orang bukan Islam bercakap di dalam masjid. Walaupun mereka boleh melawat masjid, tetapi itu tidak bermakna mereka boleh memberi tazkirah. Tazkirah sepatutnya disampaikan oleh orang Islam kepada pihak yang bukan Islam," katanya.
Dengan adanya peruntukan undang-undang beliau berkata, perkara seumpama itu dapat dicegah.
KOMEN : SOKONG SANGAT PENUBUHAN SURUHANJAYA INI KERANA SELAMA INI KERAJAAN MALAYSIA DILIHAT SEPERTI HARIMAU YANG KEHILANGAN TARING. SUDAH SEMAKIN RAMAI RAKYAT KITA YANG TIDAK MENJUNJUNG PERLEMBAGAAN TAPI MASIH MENGAKU SEBAGAI RAKYAT DAN TERUS MENABUR FITNAH DILUAR NEGARA BAGI MEMBURUK-BURUKAN NEGARA SENDIRI DENGAN DAKYAH YANG TIDAK MASUK AKAL. SAMPAI BILA KITA NAK MEREKA BERMAHARAJALELA DILUAR NEGARA TANPA SEBARANG TINDAKAN UNDANG-UNDANG DIKENAKAN KEATAS MEREKA. TARIK AJE KERAKYATAN MEREKA DAN HARAMKAN MEREKA MASUK KE MALAYSIA. MEREKA TIDAK DIPERLUKAN DI MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment