Pas yakin penyertaan di Sarawak beri kesan
DARI UTUSAN MALAYSIA 21.3.2011
BESUT 20 Mac – Pas yakin penyertaannya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 nanti mampu memberi lebih kesan dalam usaha pembangkang membawa perubahan terhadap politik negara.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penyertaan Pas kali ini juga untuk memberi mesej agar dilakukan reformasi dalam demokrasi negara bagi memberi peluang rakyat menilai dan memilih kerajaan bersih serta dapat berperanan lebih besar untuk kepentingan mereka.
“Tak mustahil pengundi di sana akan membuat perubahan kali ini, ini berdasarkan keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu tahun lalu yang dimenangi DAP,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas ceramah politik di sini malam tadi yang turut dihadiri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw.
Beliau menarik perhatian, sebagai persediaan, pembahagian kerusi di kalangan pakatan pembangkang hampir selesai dibincangkan dan maklumat terperinci akan dihebahkan kepada umum apabila penamaan calon kelak.

KOMEN : BILA BERCAKAP TIDAK MENGGUNAKAN LOJIK AKAL INILAH JADINYA. SEJAUH MANA PENGARUH PAS DI SARAWAK AKAN MEMBERIKAN KEJAYAAN KEPADA PARTI KASTA RENDAH DALAM PAKATAN PEMBANGKANG. YANG PALING KETARA AKAN ADANYA HANTU-HANTU DARI PUAK PEMBANGKANG YANG AKAN MEMBUAT ONAK DI NEGERI SARAWAK DALAM PRN KALI INI. DEMOKRASI MEMANG HIDUP SUBUR DI MALAYSIA WALAUPUN PUAK PEMBANGKANG MENAFIKANNYA WALAUPUN MEREKA MENANG DIBEBERAPA NEGERI PADA PRU 12. DI SARAWAK AKAN KEDENGARAN KETIDAK ADILAN BERLAKU KERANA MEREKA AKAN KALAH TERUK...SPR TIDAK TELUS, BN GUNAKAN JENTERA KERAJAAN, DAN BERBAGAI ALASAN MENYALAHKAN ORANG LAIN.....KITA TUNGGU SIAPA YANG KENA?
No comments:
Post a Comment