Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 23 March 2011

TERKINI- APALAGI HELAH ANWAR LEPAS INI


Tuala, berus gigi dan botol minuman diterima sebagai bahan bukti
DARI UTUSAN MALAYSIA 23/03/2011 10:23am


KUALA LUMPUR 23 Mac - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan tuala kecil `Good Morning’, berus gigi dan botol minuman jenama Cactus serta segala hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan ke atas barangan tersebut boleh diterima masuk sebagai bukti.

Keputusan itu dibuat selepas mendengar keterangan Pegawai Penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira menunjukkan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Julai 2008 adalah sah dan mengikut undang-undang.

Ekoran keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamad Yusof Zainal Abiden memaklumkan akan memanggil semula dua orang saksi iaitu Ahli Kimia, Nor Aidora Saedon dan Pakar Forensik, Amidon Anan untuk mengemukakan bukti dan hasil ujian DNA yang dibuat ke atas barangan tersebut.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwaan untuk mengarahkan Anwar memberi sampel DNA kerana tiada peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.


KOMEN : KITA TUNGGU EPISOD SETERUSNYA...

2 comments:

Onna said...

Assalam sayang daddy,

Ha...kan senang begitu... takyah nak soh2 anuwar tu serah DNA...nanti entah saper punya dna yang dia bagi.. moga kebenaran dibuktikan dengan segera sebelum PR Sarawak...

AJAI62 said...

Assalam Sayang Mum

Pandai juga hakim tu pasal CSI ya... Kalau tak mahu terlepas malaun tu.