Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 17 March 2011

Jelaskan pembohongan 16 September- DARI PERLIMEN


DARI UTUSAN MALAYSIA
17.3.2011


KUALA LUMPUR 16 Mac – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memperjelaskan mengenai pembohongan beliau untuk membentuk kerajaan pada tarikh 16 September sebelum menabur janji-janji kosong yang baru kepada rakyat.

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) berkata, Anwar dan rakan sekutunya dalam parti DAP dan Pas perlu berbuat demikian sebelum ‘mendabik dada’ untuk terus membohongi rakyat melalui Buku Jingga yang dilancarkan baru-baru ini.

“Agenda dan perjuangan ‘ala bintang filem’ beliau itu hanyalah untuk kepentingan peribadi sehingga sanggup mengorbankan rakyat tidak kira agama atau kaum. Agama dan kaumnya sendiri pun sanggup digadai untuk menegakkan benang yang basah tetapi apakah rakyat kita ini bodoh?

“Apakah kita sudah lupa akan pembohongan 16 September? Kini, mata rakyat cuba dikaburi lagi dengan Buku Jingga sedangkan mereka yang sebenarnya memperjuangkan reformasi di dalam PKR telah pun meninggalkan parti itu.

“Sebelum bersorak mendabik dada dengan harapan untuk membohongi rakyat menerusi Buku Jingga itu, saya rasa pembohongan 16 September harus diperjelaskan terlebih dahulu,” katanya ketika membahaskan usul titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Zahrain berkata, puak-puak dalam pembangkang yang mengharapkan habuan jika pembangkang berjaya sampai ke Putrajaya telah bersorak riang dengan pelancaran Buku Jingga itu.

Katanya, walaupun isi dan bunyinya lebih kurang sama dengan janji-janji terdahulu yang masih belum ditunaikan, pembohongan itu langsung tidak dipersoalkan oleh penyokong-penyokong Anwar dan sekutunya.

“Pas dan pemimpinnya macam bisu seperti mayat hidup dalam pakatan pembangkang walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membayangkan kegusaran beliau berhubung kelangsungan dalam pakatan itu.

“Adakah ahli dan penyokong pembangkang ini begitu taksub atau telah hilang kebolehan berfikir dengan waras?” katanya.

Beliau berkata, walaupun corak kepimpinan pembangkang berdasarkan pemikiran yang berpuak-puak serta sempit telah menimbulkan banyak masalah kepada rakyat, terdapat pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam masih berfoya-foya dengan kuasa yang sedikit yang diperolehi mereka.


KOMEN : HIDUP ANWAR PENUH DENGAN KEPURA-PURAAN. BERJANJI MELANGIT TAPI LUPA YANG KUDRAT TAK BERUPAYA. SELALU BERJANJI AKHIRNYA TINGGAL JANJI DAN MULA BERDALIH DAN SETERUSNYA MENIPU. KALAU NAK KATA MENCURI, MUNGKIN KERJA TU DAH LAMA DILAKUKAN SEBAB ITU SUNGGUH SUPERKAYA ANWAR NI. TAPI HAIRAN MASIH ADA JUGA ORANG YANG MENYOKONG BELIAU? UMPAMA KATA Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim “Adakah ahli dan penyokong pembangkang ini begitu taksub atau telah hilang kebolehan berfikir dengan waras?”.

No comments: