Oleh RADHUAN HUSSAIN
dan FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com.my
BESUT 20 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bercita-cita besar untuk menjadikan Malaysia sebuah republik sekali gus mengangkat dirinya sebagai Presiden, manakala Azmin Ali pula akan dilantik sebagai Perdana Menteri.
Lebih dahsyat, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga dikatakan mempunyai niat untuk menghapuskan institusi diraja sekiranya beliau berkuasa.
Cita-cita Anwar itu didedahkan oleh saksi utama kes liwat Ketua Pembangkang itu pada 1998, Ummi Hafilda Ali pada majlis ceramah 'Pas Keluk Kelek' di Bandar Jerteh di sini, malam tadi.
Menurut Ummi Hafilda, cita-cita luar biasa bekas Timbalan Perdana Menteri itu diluahkan oleh abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin kepada bapa mereka, Allahyarham Ali Omar suatu ketika dulu.
"Abang saya pernah beritahu arwah bapa kami, jika Anwar berkuasa, dia akan menjadikan Malaysia sebuah republik," katanya.
Majlis itu turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh serta barisan kepimpinan UMNO bahagian tersebut. Turut memberikan ceramah ialah Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Mohd. Noor Deris.
Sesi ceramah tersebut berlangsung hampir serentak dengan ceramah para pemimpin Pas dan PKR yang disertai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Azmin yang terletak berhampiran dan hanya terpisah sebatang sungai dekat Masjid Hadhari di sini.
Dalam ceramah itu, Ummi Hafilda mengupas satu persatu perilaku keji Anwar termasuk skandalnya dengan isteri salah seorang pemimpin PKR, selain fitnah dan pembohongan Ketua Pembangkang itu kepada seluruh rakyat.
Ummi Hafilda turut berikrar untuk melancarkan 'perang dan ganyang' terhadap Anwar serta abangnya sendiri, Azmin bermula tahun ini bagi memastikan kedua-duanya tersungkur dan terkubur, jika mereka masih enggan bertaubat.
Selain itu, Ummi Hafilda turut menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai hubungan intim dengan ahli perniagaan, Baginda Minda.
Beliau selanjutnya melafazkan sumpah 'wallahi, wabillahi, watallahi' di depan hadirin sambil bertegas yang beliau tidak pernah mengadakan hubungan seks dan berzina dengan ahli perniagaan terbabit seperti yang didakwa.

KOMEN : JANGGAL SUNGGUH BILA MALAYSIA DISEBUT REPUBLIK MALAYSIA. ITULAH SEBABNYA SELAMA INI BILA INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU DIPERLEKEHKAN OLEH PUAK PEMBANGKANG ANWAR MEMBISU TANPA SEPATAH KATA PUN UNTUK MEMPERTAHANKAN RAJA-RAJA MELAYU. RUPANYA AGENDA BELIAU LEBIH JAHAT IAITU UNTUK MENGHAPUSKAN INSTITUSI ITU SENDIRI. ADAKAH ANWAR AKAN MENJADI PRESIDEN? RASANYA YANG AKAN JADI PRESIDEN MALAYSIA IALAH LGE, LKS DAN KARPAL. MACAM DI SINGAPURA..
No comments:
Post a Comment