Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 7 March 2011

Pembangkang jangan sampai 'bakar negara'


Oleh AMRAN MULUP
utusan melaka@utusan.com.my


JASIN 4 Mac - Pemimpin-pemimpin pembangkang diingatkan agar tidak cuba 'membakar negara' menerusi usaha-usaha mewujudkan pergolakan politik seperti yang sedang berlaku di beberapa negara Asia Barat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) ketika memberi amaran tersebut memberitahu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat maklumat, mereka sedang merancang untuk menghuru-harakan negara menerusi tindakan ganas dan mengajak rakyat bangkit menentang kerajaan.

Beliau memberitahu, tindakan itu juga menjurus kepada usaha pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

"ATM telah menghidu usaha pakatan pembangkang untuk menghuru-harakan negara seperti yang berlaku di Mesir, Yemen, Tunisia dan Libya.

"Saya ingin beri amaran kepada pembangkang terutama tokoh-tokoh mereka supaya jangan bakar negara kerana tindakan mereka sebenarnya cuba menggugat ketenteraman awam dan merosakkan demokrasi yang wujud di negara ini.

"Hasil maklumat diperoleh menunjukkan mereka kini sedang bergerak ke arah itu tetapi kita tidak tahu bila. Ada kemungkinan mereka gunakan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau sebagai landasan," katanya di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Common Center di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata Ahmad Zahid, ATM menerusi tiga cabangnya iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat (TD) sudah bersiap sedia menghadapi situasi tersebut.

"Jika ada ancaman cuba dilakukan oleh pembangkang untuk menghancurkan negara, ATM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan untuk memastikan keamanan dan demokrasi dikekalkan," katanya.

Beliau berkata, usaha pakatan pembangkang itu dikesan sejak berlakunya konflik di beberapa negara Asia Barat dan ia semakin hangat menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau dan Kerdau.

Katanya, tokoh-tokoh pembangkang menggunakan pentas berkempen di kedua-dua DUN tersebut yang didapati cukup jelas cuba menghasut rakyat supaya menimbulkan kekacauan serta menanam bibit kebencian terhadap kerajaan.

Selain itu, katanya, pembangkang juga turut menghasut rakyat di DUN Merlimau dan Kerdau untuk membuat demonstrasi jalanan dan membenci Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


KOMEN : KALAU DAH ADA BUKTI APA YANG DITUNGGU LAGI. PENGKHIANAT KEPADA NEGARA HARUS DIHUKUM. MANA KDN ? MANA ISA ?... BERTINDAKLAH SEBELUM NEGARA HANCUR. MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT.....

2 comments:

Onna said...

SAYA NAK BAGI AMARAN KERAS.... HAHAHAHA

AJAI62 said...

Assalam Sayang Mum

Dia punya amaran aje dia tahu. Rakyat punya amaran dia tahu tak?