Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 24 March 2011

JANGAN TIMBANG-TIMBANG SAMAN AJE


KDN timbang saman Anwar
DARI UTUSAN MALAYSIA 24.3.2011


KUALA LUMPUR 23 Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menimbang untuk menyaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkan kementerian itu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pendedahan video seks oleh individu misteri bergelar 'Datuk T' kelmarin.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan yang mungkin diambil itu bukan demi kepentingan dirinya tetapi bagi menjaga nama baik kementerian dan PDRM.

Ia juga, katanya, sebagai bukti bahawa kementerian mahu 'menggali' perkara itu sedalam-dalamnya bagi mencari kebenaran selain mengenal pasti sama ada ia sengaja direka oleh pihak tertentu.

"Dalam kes ini mereka menuduh saya, kementerian dan PDRM terlibat dalam konspirasi. Kalau ada fakta, saya tiada masalah untuk failkan saman kerana tiada apa untuk disembunyikan.

"Perkara ini sedang dikaji oleh peguam-peguam saya. Kali ini kami tidak akan duduk saja dan biarkan mereka bermain politik. Kami hanya menjalankan tugas," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Anwar berkata, tindakan mempertontonkan video itu tidak boleh dilakukan tanpa perlindungan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan polis.

Malah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, ketiadaan sebarang tindakan polis bagi menghalang penayangan video tersebut menjadi bukti penglibatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Hishammuddin dalam pada itu turut mencabar mana-mana pihak yang menuding jari terhadapnya dan polis dalam isu berkenaan agar tampil dengan bukti.

"Semua dakwaan kononnya diputar belit dan konspirasi hanyalah untuk lari daripada kebenaran. Apa jua tuduhan sila buktikan.

"Mereka laungkan keadilan tetapi sebelum perkara ini diadili, mereka sudah putar belit sehingga segalanya menjadi tunggang terbalik untuk mengaburi orang ramai," ujarnya.

Ditanya kemungkinan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes berkenaan, beliau menjelaskan, keputusan mengenainya bukan terletak di bawah bidang kuasa kementeriannya.

"Saya ingin tegaskan, jika suruhanjaya itu ditubuhkan sekali pun, ia tidak menghalang polis daripada meneruskan siasatan mereka. Perkara ini sudah pun berada di tangan polis berdasarkan laporan dibuat Anwar sendiri dan pastinya kita mahukan kebenaran ditegakkan," katanya.


KOMEN : KATA-KATA "SAYA BERI AMARAN" TIDAK RELEVAN DALAM KES VIDEO LUCAH INI. SAMPAI BILA KDN DAN POLIS NAK MEMBIARKAN PUAK PARTI PEMBANGKANG MELEMPARKAN TUDUHAN-TUDUHAN UNTUK MEMBURUKAN MEREKA DAN KERAJAAN? DAHLAH MEMBUAT TUDUHAN TANPA BUKTI? SAMAN AJE MEREKA UNTUK MENGEMBALIKAN NAMA BAIK KDN/POLIS. ZAMAN TAK APELAH DAH BERLALU DAN KDN/POLIS KENA TEGAS MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG NEGARA TANPA MEMILIH BULU.

2 comments:

Onna said...

Assalam sayang daddy,

Biasalah Menteri KDN ni...kan terkenal dengan amaran ajer... tindakan hampeh... sonyap yo... sekarang ni dia nak timbang plak.. kalau org lain dah saman dah... dia masih nak main timbang2 lagi... suruh dia bersara ajelah... jadi menteri KDN tapi takder t*l*r...hehe

AJAI62 said...

Assalam Sayang Mum

Dahlah tu cakap macam bagus tapi tindakan zero?????