Kerajaan PKR Selangor masih belum penuhi janji
ABDUL RAZAK IDRIS
DARI UTUSAN MALAYSIA
SHAH ALAM 7 Mac – Rata-rata rakyat negeri ini berpendapat Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang menyambut ulang tahun ketiga pentadbirannya esok, gagal melakukan perubahan yang dijanjikan sejajar dengan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.
Mereka menyifatkan kerajaan negeri hanya lebih banyak menghabiskan masa dengan berpolitik daripada melaksanakan pembangunan fizikal dan modal insan bagi manfaat seluruh rakyat.
Seorang peniaga, Mohd. Redza Mohd. Karimun, 30, berkata, golongan belia di negeri termaju di negara ini seolah-olah terbiar tanpa program pembangunan yang berkesan.
“Semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), belia di negeri ini begitu `meriah' dengan pelbagai aktiviti pembangunan modal insan termasuk kegiatan sukan dan rekreasi.
“Kita juga kesal dengan sikap kerajaan negeri yang sering menjadikan BN sebagai kambing hitam dalam segala segi pentadbiran tanpa menyedari mereka sekarang sedang menerajui kerajaan dan bukan parti pembangkang,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nur Zaiful Alfidz Md. Noordin, 30, turut kesal apabila sehingga kini masih banyak janji dalam manifesto pilihan raya umum lalu belum dikotakan termasuk menyediakan peluang kepada golongan muda memiliki rumah mampu milik.
“Saya masih menanti kerajaan negeri mengeluarkan tawaran untuk orang muda membeli rumah mampu milik di negeri ini namun masih tiada sedangkan projek-projek perumahan kelas sederhana dan mewah begitu mudah mendapat perhatian mereka,'' katanya.
Selain itu, Nur Zaiful Alfidz turut hairan kerana sejak pentadbiran kerajaan negeri diterajui pihak pembangkang, hotel-hotel bajet bertambah bagaikan cendawan tumbuh.
“Apa yang membimbangkan kita, hotel-hotel bajet tersebut menyediakan kadar harga penginapan mengikut jam. Ini sudah pasti mengundang pelbagai gejala negatif dalam kalangan remaja,” katanya.
Seorang peniaga, Saiful Ahmad, 24, berkata, sebenarnya tiada perubahan drastik dari segi pembangunan fizikal sepanjang tiga tahun ini kerana semua pembangunan sedia ada dilaksanakan semasa pemerintahan BN dahulu.
“Sepatutnya kerajaan negeri sekarang membawa masuk pelaburan yang benar-benar boleh merakyatkan ekonomi dan bukan sekadar tinggal sebagai manifesto,” katanya.
Eddie Idris, 27, pula berpendapat tempoh tiga tahun sebenarnya cukup untuk membuat penilaian terhadap kerajaan negeri sekarang dan sekiranya mereka gagal menterjemahkan segala manifesto pilihan raya umum lalu, ia pasti akan menghadapi krisis kepercayaan rakyat.
“Kita lihat sahaja prasarana seperti jalan raya di Selangor, adakah ia sempurna atau sebaliknya? Begitu juga kebersihan masih tidak dijaga.
“Sedangkan negeri ini menjadi tumpuan dan pintu masuk pelancong ke negara ini,” katanya.
KOMEN : 1001 SATU MACAM MASALAH ADA KAT SELANGOR NI. SIAPA NAK BERTANGGUNGJAWAB? ADA KERAJAAN PKR PUN TUNDUK PADA KEKUASAAN DAP. PEMIMPIN MELAYU/ISLAM KERAJAAN PAKATAN PEMBANGKANG SELANGOR BUTA HATI, PEKAK TULI DAN JADI KUDA TUNGGANGAN DAP. BANYAK BERPOLITIK NEGERI DIABAIKAN. JANJI TINGGAL JANJI SATU APA PUN TAK JADI.... BANGKITLAH RAKYAT SELANGOR...UNDI DITANGAN ANDA.
1 comment:
kalau mata dah buta, hati dah tuli mereka akan tetap pertahankan kerajaan sekarang, ialah kalau dah agama dan bangsa sanggup digadaikan, apalah sangat dengan jalanraya2, sampah sarap yang berterabur kat selangor ni kan... lagipun bob lokman yang berjalan atas jalanraya kata, kita tak perlukan jalanraya...hahahaha... bodoh punya orang... kita nak maju ke depan... pembangkang makin nak mundur ke belakang... inilah jadahnya bila bilang pembangkang yang bang angggg....
Post a Comment