DARI UTUSAN MALAYSIA
17.3.2011
KUALA LUMPUR 16 Mac – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang selama ini sering mempertikai langkah kerajaan mengukuhkan pertahanan negara, berang apabila dilabelkan sebagai ejen Singapura.
Menurut Tony, label yang dilemparkan oleh Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) ketika mencelah pada perbahasan di Dewan Rakyat semalam, telah mencemar integritinya.
“Ini serangan peribadi YB Kinabatangan (Bung Moktar) terhadap integriti dan kesetiaan saya kepada negara iaitu dengan menuduh saya sebagai ejen kepada Singapura.
“Ia mencemar nama baik saya kerana isu ini dilaporkan oleh media dan ia seolah-olah menggambarkan kepada rakyat saya ejen Singapura,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan spontan Bung Moktar ketika mencelah semasa Datuk Ismail Kassim (BN-Arau) berbahas mengenai pembabitan Singapura dalam beberapa isu di Malaysia.
Bung Moktar dilaporkan sebagai berkata: “Tanya Tony Pua, dia ejen Singapura.”
Terdahulu, Tony memohon Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Bung Moktar memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dilemparkan itu.
Namun pada masa sama, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu memberitahu, beliau tidak mahu memanjangkan isu tersebut dan mahu ia ditamatkan dengan segera.
Malah, apabila diminta oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat supaya dikemukakan usul mengikut Peraturan Mesyuarat bagi menuntut Bung Moktar meminta maaf, wakil rakyat pembangkang itu tidak berbuat demikian.
Sebelum ini, Tony beberapa kali cuba menjadi ‘hero’ dengan menggunakan isu rasuah sebagai modal untuk memaksa Kementerian Pertahanan menjelaskan secara terperinci setiap pembelian aset pertahanan terbaru.
KOMEN : KENAPA NAK MARAH? CINA DAP KOMUNIS NI MEMANG TAK MENAFIKAN PUN YANG DIA SERUPA AGEN KOMUNIS. NAK BERCAKAP PASAL INTEGRITI KONON. SELAMA INI APA YANG DIA TUDUH KERAJAAN MALAYSIA TU SEMUANYA BETUL KE ATAU DIBUAT SECARA MEMBABI BUTA? MANA TANGGUNGJAWAB DIA YANG MENGAKU SEBAGAI SETIA KEPADA NEGARA? TAPI SEGALA TUDUHAN MENJURUS KEPADA CUBAAN UNTUK MERUNTUHKAN PERTAHANAN NEGARA. KITA SOKONG BUNG MOKTAR...
No comments:
Post a Comment