Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 9 March 2011

Bersedia disaman pihak tertentu ekoran tulisannya


DARI UTUSAN MALAYSIA



KUALA LUMPUR 8 Mac - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau bersedia menghadapi apa jua tindakan undang-undang termasuk kemungkinan disaman oleh pihak tertentu ekoran memoir bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri dalam buku memoir terbarunya yang baru dipasarkan hari ini itu menyentuh mengenai pelbagai perkara yang merupakan pengalaman hidupnya selama 85 tahun termasuk pengamalannya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

"Semasa saya menulis, saya cuba elakkan daripada menyakitkan hati orang. Namun demikian saya terpaksa menulis apa yang benar dan saya berpendapat bahawa akan ada orang yang rasa tak senang hati kerana dalam masyarakat kita sekarang ada budaya 'swing', hendak RM100 juta, RM200 juta hendak cuba bankrapkan saya.

"Jadi, apa jua kemungkinan, saya terima saja, kalau hendak saman pun samanlah," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran bukunya itu di sini hari ini.

Antara yang disentuh dalam bukunya itu ialah bagaimana beliau terpaksa memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Turut disentuh dalam bukunya ialah mengenai Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew telah menaruh harapan untuk menjadi perdana menteri sebuah negara yang besar seperti Malaysia.

"Singapura awal 1960-an terlalu kecil bagi dirinya dan impiannya. Malaysia adalah negara sebenar, bukan sebuah negara bandar raya dan menjadi Perdana Menteri Malaysia akan memenuhi impian beliau khususnya untuk memiliki kuasa dan lebih daripada (hanya sebagai) peranan bandar raya," tulis Dr. Mahathir dalam bukunya itu.

Negarawan itu dalam bukunya berkata, apabila Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj buat pertama kali bercakap mengenai pembentukan Malaysia merangkumi Semenanjung, Singapura dan Borneo, Kuan Yew dengan tidak sabar-sabar mengalu-alukannya.

Bekas Perdana Menteri itu dalam bukunya turut memceritakan beliau mempunyai darah keturunan India dalam badannya tetapi mempertahankan dirinya masih seorang Melayu dan berbangga kerana status tersebut.

Beliau dalam bukunya berkata, menjadi orang Melayu bukan lagi persoalan keturunan tetapi satu ikatan perundangan.

"Dari segi perundangan, orang Melayu didefinisikan sebagai seorang yang bercakap bahasa Melayu, amalkan budaya orang Melayu dan beragama Islam. Oleh itu, mereka yang memenuhi syarat-syarat itu adalah orang Melayu dan layak menikmati 'sesetengah hak' di bawah lunas perundangan," kata Dr. Mahathir dalam bukunya.

Sementara itu, selain tidak takut sekiranya disaman, bekas Perdana Menteri itu juga turut bersedia sekiranya ramai pihak yang sebelum ini adalah kawan tetapi bertukar menjadi musuh selepas membaca buku memoir tulisannya itu.


KOMEN : SIAPA YANG TERMAKAN CILI AKAN TERASA PEDASNYA.

No comments: