Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 3 March 2011

RAMAI LAGI RAKYAT YANG MISKIN

PAS Kelantan hanya sedia 313 rumah murah setahun
Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
krull@bharian.com.my 2011/03/03

14,000 unit diperlukan bantu golongan kurang mampu

KOTA BHARU: Rakyat miskin di negeri ini akan terus terpinggir daripada mendapat kemudahan perumahan kos rendah sekiranya Kerajaan PAS Kelantan hanya mampu menyediakan 313 unit rumah setahun. Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, berkata sekurang-kurangnya 14,000 unit rumah kos rendah diperlukan di Kelantan atau 1,000 unit untuk setiap kawasan Parlimen. Beliau berkata, perumahan di negeri ini kini menjadi masalah besar terutama kepada golongan miskin dan kerajaan negeri lebih suka bercakap mengenai perkara retorik seperti isu royalti minyak, yang memberi kepentingan kepada mereka saja.

“Kalau kerajaan PAS Kelantan hanya mampu menyediakan 313 unit rumah bagi tempoh 2011 hingga 2012, ini bermakna hanya 313 keluarga yang akan mendapat kemudahan itu dan ramai lagi rakyat Kelantan miskin akan merempat di negeri sendiri.

“Sekurang-kurangnya 1,000 unit rumah kos rendah diperlukan bagi setiap Parlimen bagi membolehkan rakyat khususnya golongan miskin mempunyai kediaman sendiri.

“Perumahan kini menjadi masalah besar di Kelantan dan jawapan diberikan kerajaan PAS Kelantan berkaitan dengan isu ini hanya retorik semata-mata (untuk kepentingan sendiri)," katanya kepada pemberita pada sesi rehat persidangan Dewan Negeri Kelantan, di Kota Darulnaim, di sini, semalam. Beliau mengulas titah ucapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, ketika merasmikan persidangan berkenaan kelmarin, dengan menitahkan supaya golongan miskin diberikan keutamaan untuk mendapat kemudahan kediaman atau tempat tinggal.

Mohd Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (BN-Kok Lanas) berkata, kerajaan negeri dilihat lebih kepada mencari keuntungan daripada membantu rakyat mendapat rumah.

"Mereka (kerajaan negeri) bekerjasama dengan syarikat pemaju perumahan swasta untuk membina rumah dengan menumpukan kepada keuntungan semata-mata, bukan untuk kepentingan rakyat," katanya.

Sementara itu, seorang ADUN PAS, membidas kerenah birokrasi dalam Kerajaan PAS Kelantan sehingga menyebabkan ada rakyat negeri ini khususnya golongan miskin terabai daripada mendapat kemudahan perumahan.

Azami Mohd Nor (PAS-Kadok), berkata sejak dulu lagi perkara seperti ini berlaku dan keadaan masih tidak banyak berubah sehingga sekarang dengan menyaksikan ada yang masih tidak mempunyai kediaman.

"Kerajaan negeri seharusnya mempunyai satu dana atau membentuk jawatankuasa bagi mengatasi isu perumahan ini khususnya keperluan perumahan bagi golongan miskin,” katanya.

"Saya berharap (kerajaan negeri) kurangkan karenah birokrasi (dalam isu ini) kerana sejak dulu lagi keadaan seperti ini masih tidak berubah," katanya ketika membahaskan titah ucapan Sultan.


KOMEN : SIBUKAN NEGERI ORANG NEGERI YANG DIPERINTAH SEMAKIN MUNDUR. SALAHKAN BOB YANG BARU JADI PENGANUT PAS, DIA KATA KEMUDAHAN RUMAH UNTUK GOLONGAN MISKIN AKAN MELALAIKAN GOLONGAN TERSEBUT KERANA PAS AKAN KEHILANGAN UNDI.

No comments: