Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 10 March 2011

TAHNIAH BUAT SKUAD OLIMPIK 2012


Malaysia lepasi halangan pertama



LANGKAH skuad bola sepak kebangsaan dalam saingan Kelayakan Olimpik 2012 ternyata cemerlang apabila berjaya mara ke pusingan kedua. Kejayaan itu hadir selepas mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Pakistan pada aksi kedua pusingan pertama di Stadium Punjab, Lahore semalam. Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mara ke pusingan kedua dengan agregat 2-0.

Terdahulu, skuad negara tampil penuh bergaya apabila menewaskan Pakistan 2-0 pada aksi pertama di Stadium Shah Alam pada 23 Februari lalu.

Pujian sewajarnya diberikan kepada anak-anak buah Kim Swee yang dikatakan tampil dengan aksi penuh konsisten apabila berjaya mengekang serangan bertali arus Pakistan yang memerlukan sekurang-kurangnya tiga gol untuk membolehkan mereka mara ke pusingan kedua.

Berkat usaha serta komitmen yang dipamerkan barisan pemain muda negara pada perlawanan tersebut ternyata telah memberikan sinar baru buat sukan bola sepak tanah air apabila peluang untuk beraksi ke temasya Sukan Olimpik 2010 di London kini terbuka luas. Bagaimanapun, anak-anak buah Kim Swee tidak boleh terus dibuai mimpi dengan kejayaan tersebut. Sebaliknya, mereka perlu mengekalkan rentak kecemerlangan itu bagi menghadapi ujian yang dijangkakan lebih getir pada saingan pusingan kedua kelak.

Pada aksi pusingan kedua yang bakal berlangsung pada 19 dan 23 Jun depan, skuad negara berkemungkinan diundi bertemu sama ada Australia, Bahrain, China, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, Iraq, Lebanon, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan mahupun Vietnam. Sebanyak 13 pasukan terbabit mendapat undian bye pada pusingan pertama.

Apa-apa pun, tahniah buat skuad bola sepak negara yang berjaya melepasi halangan di pusingan pertama.

KOMEN : DIUMUMKAN BAHAWA PIHAK BERKUASA PAKISTAN TELAH MENAHAN SEORANG WANITA RAKYAT MALYSIA YANG MENJADI PENYOKONG TEGAR PASUKAN MALAYSIA KERANA TIDAK MEMPUNYAI PASSPORT DAN KAD PENGENALAN MALAYSIA.




HANTU KAK LIMAH BERADA DI PAKISTAN...HEHEHEHE

5 comments:

Onna said...

Assalam Sayang Daddy,

Padanlah tunggu punya tunggu siaran takder ya... kak limah telah mengganggu siaran rupanya... hahahahaha... pandai dia pakai baju bola...sportswoman gak dia ni...

AJAI62 said...
This comment has been removed by the author.
AJAI62 said...

Assalam Sayang Mum

Punya frust tak dapat tenguk bola semalam. Rupanya dia duduk kat muncung satelite itu pasal pancaran tak ada. Dah sampai habis main baru Polis Pakistan dapat tangkap dia.... memang terror wanita ni berada dimana-mana..heheheh

Gerakan Timur said...

salam bro,

GT dah link n follow blog bro. Teruskan lanyak fuckatan harami.

Terima kasih sudi jengok2 blog GT.

Salam Perjuangan dari Gerakan Timur!

AJAI62 said...

Assalam Bro

Tq kerana sudi follow blog saya tak sehebat blog rakan blogger lain. perjuangan perlu diteruskan untuk Agama, Bangsa dan Negara.