Paderi Wayne Sapp bakar al-Quran
DARI UTUSAN MALAYSIA 22.3.2011
GAINESVILLE, Florida 21 Mac - Satu naskhah al-Quran dibakar di sebuah gereja kecil di Florida semalam selepas kitab suci Islam itu didakwa 'bersalah' atas kesalahan jenayah.
Dalam kejadian itu, paderi Wayne Sapp membakar al-Quran tersebut sebagai 'hukuman' apabila kitab suci itu 'disabit kesalahan' atas pertuduhan jenayah selepas satu 'perbicaraan' diadakan.
Kejadian tersebut disaksikan paderi kontroversi Terry Jones, yang sebelum ini dikecam berhubung hasratnya membakar al-Quran semasa ulang tahun serangan 11 September 2001.
Satu barisan juri mengadakan perbincangan selama lapan minit sebelum al-Quran itu dibakar.
Kitab suci itu direndam selama sejam di dalam minyak tanah dan diletak di atas dulang logam di bahagian tengah gereja sebelum Sapp membakarnya menggunakan pemetik api.
Al-Quran itu terbakar selama 10 minit sementara beberapa orang yang berada di tempat kejadian turut mengambil gambar.
Jones berkata, dia telah memberi peluang kepada dunia Islam supaya mempertahankan kitab suci itu, tetapi tidak menerima sebagai reaksi.
Kejadian penghinaan terbaru terhadap Islam semalam dibuka kepada orang ramai, tetapi hanya kurang 30 orang hadir. - AFP
KOMEN : BILA ORANG KAFIR DAH GILA SEBAB BERKAWAN DENGAN SYAITAN ALQURAN DIJADIKAN MUSUH DAN DIHINA SERTA DI BAKAR. SEMUGA ALLAH SWT MELAKNAT MEREKA. JANJI ALLAH SWT YANG ALQURAN AKAN DILINDUNGI SEHINGGA HARI KIAMAT.. AMIN
2 comments:
Assalam sayang daddy,
semoga Allah membalas dosa golongan laknatullah ini... sedih betullah... dunia dah hampir ke penghujung nya...
Assalam Sayang Mum
Janji ALLAH swt akan kita pegang. Allah swt kalau nak melaknat sekejap aje. Biar mereka merasa azab dari ALLAH swt.
Post a Comment