Nafi jadi kuda tunggangan PKR, DAP
DARI BERITA HARIAN
2011/03/02
TEMERLOH: PAS menafikan parti itu dijadikan 'kuda tunggangan' Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana melancarkan program Buku Jingga peringkat Kebangsaan di Kerdau pada hari pertama kempen, sebaliknya pelancarannya adalah bagi membolehkan pengundi memahami isu semasa.
Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Mohd Abdul Wahid Endut, berkata tidak timbul soal melancarkan semula buku berkenaan, sebaliknya apa yang dilakukan itu bertujuan menyedarkan pengundi apa yang terkandung di dalamnya. "Pada pilihan raya kecil, isu tempatan atau nasional diambil kira dan dikemukakan, malah di sesetengah tempat ada lebih banyak isu nasional diketengahkan, manakala di sesetengah tempat lain mahukan isu tempatan," katanya di sini semalam.
Ahad lalu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa PAS kini hanya dijadikan kuda tunggangan PKR kerana melancarkan semula Buku Jingga bagi kempen pilihan raya DUN Kerdau sedangkan buku itu adalah inisiatif yang dibuat PKR.
Mengulas sama ada pelancaran itu bersesuaian dengan keadaan pengundi semasa yang kebanyakannya masyarakat kampung dan kemampuan mereka untuk menerima isu dalam kandungan buku itu, Abdul Wahid berkata, masyarakat hari ini sudah semakin celik dan tidak timbul masalah berhubung perkara itu.
"Apa yang penting bukan soal lancar (buku) atau tidak, ia hanya penerangan berhubung apa yang terkandung dalam Buku Jingga untuk diketahui pengundi.
"Penjelasan perlu diberikan, sebab ada sesetengah mereka (penyokong) minat isu nasional dan ada juga yang suka kempen membabitkan isu tempatan. "Bagaimanapun, sama ada pelancaran dan program Buku Jingga itu tidak sesuai dengan masyarakat luar bandar atau sebaliknya, ia tidak berkaitan langsung," katanya.
KOMEN : DAH TAK MENGAKU PULAK. BUKU JINGGA TU SIAPA PUNYA?
3 comments:
Nampaknya Pas sudah terjerat dengan buku jingga yang tak berfaedah kepada rakyat.
Kebanyakan orang yang membelek buku itu mendapati ianya tidak lebih dari gimmik politik.
Pakatan pembangkang sudah kehilangan arah perjuangan dan terpaksa mencipta retorik ekonomi pula. Penasihat ekonimi kelas rendah PKR Selangor cuba hendak menjadi jaguh ekonomi pulak sedangkan partinyanya porak peranda tak terururus, inikan nak mengurus sebuah negara.
Rakyat semakin meluat dengan kerenah menyelamatkan diri Pakatan Pembangkang yang semakin ditolak oleh rakyat.
Terimakasih kerana mendaftar sebagai "Followers" di blog tendang terajang dan menyenaraikannya di bloglist ana. Blog anda telah disenaraikan.
Blog TendangTerajang
Assalam Bro
Terima kasih
Post a Comment