Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 1 March 2011

Pas pecahkan undi orang Melayu


DARI UTUSAN MALAYSIA



KUALA LUMPUR 28 Feb. - Kehadiran Pas di Selangor hanya memecah-belahkan orang Melayu di negeri itu, malah lebih buruk lagi menyebabkan kaum itu kehilangan kuasa majoriti politik mereka.

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana peranan Pas di Selangor hanya sekadar memecahkan undi orang Melayu dalam pilihan raya dan sebagai pemudah cara untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk berkuasa.

"Manfaat daripada kehadiran Pas di Selangor sebenarnya dinikmati oleh PKR dan DAP dan inilah yang dikatakan menang sorak kampung tergadai.

"Lihatlah sendiri apa berlaku di negeri ini, Teresa Kok dan Ronnie Liu lebih berkuasa berbanding Datuk Hassan Ali yang juga ahli Pas," katanya berucap sempena Malam Nostalgia Kepimpinan Melayu Hulu Kelang, di sini malam tadi.

Turut hadir Naib Presidennya, Prof Dr. Asyraf Wajidi Dasuki dan Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abdullah Mansor bersama kira-kira 200 ahlinya.

Menurut Ibrahim, kemerosotan politik Melayu di Selangor hanya boleh diatasi sekiranya orang Melayu di negeri itu tanpa mengira fahaman politik kembali bersatu mempertahankan hak-hak mereka yang semakin hebat dicabar sejak kebelakangan ini.


KOMEN : MASALAHNYA BILA PENYOKONG PAS TAK MENGAKU DIRI TU ORANG MELAYU. MEREKA SANGGUP MENJADI KULI DAN PENCACAI DAP UNTUK MENGHANCURKAN ORANG MELAYU/ISLAM. TAK HABIS DENGAN MERUSUH, MEMALUKAN AGAMA ISLAM AJE. MANA ADA DALAM SUNNAH NABI/RASUL MENGGALAKKAN UMAT ISLAM MERUSUH. CAKAP AJE IKUT SUNNAH NABI, PERANGAI MACAM SYAITAN.

5 comments:

Onna said...

Assalam sayang daddy,

ketam kan camtu, ajar anak jalan tegak, dia jalan senget....terus terjunam...masuk dalam periuk rebus...kalau duk dengar ceramah diapun bukannya dapat ilmu, dapat dosa ada ler...jalan cam ketam, otak udang, ngamlah tu...esok bila melayu dan pecah belah...baru nak nyesal dan bersatu padu...dah lambat dah... anak cucu cicit gak yang susah..

Bahtera Merdeka said...

Salam perjuangan,

Pas berasa puas hati kalau dapat pecahbelahkan umat Islam. Tak dapat memerintah takpe, macam di Perak.

Pas dah jadi alat dan haiwan ternakan DAP. Mereka sudah tidak boleh berfikir secara rasional.

Agama Islam yang mereka anuti sudah tidak mampu menjadi panduan berpolitik kerana sudah di modify dan ubahsuai mengikut kehendak parti.

Pihak yang paling beruntung adalah DAP kerana hasrat utama DAP adalah untuk menjadikan bangsa Melayu-Pribumi ini berpecahbelah dan akhirnya kehilangan kuasa politik di tanahair sendiri.

AJAI62 said...

Assalam

Setuju sangat dengan saudara Merdeka, banyak contoh yang boleh kita lihat terutama sekali di Selangor. PAS bukan membela pun nasib orang Melayu. Mereka tunduk dan sembah DAP macam tuhan. Memalukan orang Melayu/Islam. Buat alidamahmod itulah mentaliti orang PAS nak nasihatkan orang tapi kain sendiri terselak...

Alhamdulillah said...

Salam Perjuangan,

Satu artikel yang baik

AJAI62 said...

Assalam

bloger Sungai Rapat sama-samalah berjuang demi kebenaran untuk anak cucu kita.