Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 1 March 2011

Nik Aziz tidak reda ketentuan Allah - Perkasa


DARI UTUSAN MALAYSIA



KOTA BHARU 28 Feb. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersyukur dan tidak reda dengan ketentuan Allah apabila menyatakan beliau tidak meminta dilahirkan sebagai seorang Melayu.

Naib Yang Dipertuanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, Nik Abdul Aziz seolah-olah menyesal dilahirkan sebagai orang Melayu dan beliau juga tidak reda dengan takdir Allah yang menjadikannya sebagai orang Melayu.

Beliau berkata, sesiapa yang tidak reda dengan takdir Allah maka mereka adalah dari golongan orang yang kufur kepada nikmat Allah.

"Dia mungkin terlupa dengan firman Allah yang bermaksud 'sesungguhnya Aku telah jadikan kamu (manusia) berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk kamu kenal mengenal antara satu dengan yang lain. Dan orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu'.

"Nik Abdul Aziz juga lupa Allah menjadikan manusia di muka bumi ini sebagai khalifah. Nabi Muhammad SAW seorang bangsa Arab yang diangkat sebagai nabi dan rasul untuk seluruh umat manusia tanpa baginda menyesal dilahirkan sebagai seorang berbangsa Arab malah Rasulullah bangga sebagai seorang Arab," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak kisah jika dilahirkan sebagai Orang Asli dan tidak meminta untuk dilahirkan sebagai orang Melayu.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan, beliau tidak perlu bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Melayu kerana ia adalah ketentuan Allah kepada setiap manusia di atas muka bumi.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Nik Abdul Aziz patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Melayu yang tentunya beragama Islam.

Mustapa berkata, sesiapa yang tidak reda dengan takdir Allah maka mereka adalah dari golongan orang yang kufur kepada nikmat Allah.

"Perkasa Negeri Kelantan meminta supaya Nik Aziz bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT dan janganlah terlalu angkuh dan sombong kepada nikmat Allah yang telah menciptanya sebagai manusia dan bukan sebagai haiwan," katanya.


KOMEN : APAKATA NIK AZIZ SELEPAS INI? ADAKAH UTUSAN MALAYSIA DAH MEMUTAR BELITKAN APA YANG LIDAH BERCABANG DIA CUBA KATAKAN...... TAK PAYAH BERPUSING-PUSING LAGI BANYAK DAH FATWA SONGSANG YANG DIKELUARKAN DARI LIDAH DIA.

2 comments:

Onna said...

Daddy,

Dia lupa makan ubatlah...hahahaha

AJAI62 said...

ASSALAM SAYANG MUM

BETUL TU ASYIK SURUH ORANG LAIN MAKAN UBAT, SENDIRI UBAT NYANYUK LUPA NAK MAKAN.