Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 7 March 2011

Nik Aziz perlu belajar terima hakikat


DARI UTUSAN MALAYSIA
7.3.2011


KOTA BHARU 6 Mac - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu belajar untuk menerima hakikat bahawa bukan semua pandangan politiknya yang menggunakan agama Islam, sentiasa betul.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Nik Abdul Aziz juga perlu berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang pandangan politik yang menggunakan agama, kerana ia boleh mengundang perpecahan di kalangan umat Islam.

"Kita bukan maksum seperti Nabi. Jadi kita kena ingat, sebagai manusia kita tidak akan dapat lari daripada membuat kesilapan dan kita ada kelemahan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan-kenyataan Nik Abdul Aziz yang dilihat mengelirukan umat Islam terutama setiap kali menjelang pilihan raya kecil.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas itu pernah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan fatwa ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor dengan menyatakan pengundi yang menolak Pas adalah golongan jahiliah.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kesan tindakan pemimpin Pas terutama Nik Abdul Aziz mengeluarkan 'fatwa songsang' dapat dilihat dengan jelas di peringkat bawah seperti wujud solat dua imam yang berlaku di sebuah masjid di Kerdau, baru-baru ini.

"Ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kerdau baru-baru ini, saya telah menunaikan solat di sebuah masjid dalam kawasan itu, amat mengejutkan apabila berlaku solat dua imam, satu pihak bersolat mengikut imam Pas dan satu pihak bersembahyang mengikut imam yang dilantik kerajaan negeri Pahang.

"Perbuatan ini masih berlaku, ia bukti perpecahan kerana penggunaan agama demi ideologi politik kepartian," katanya.

Sementara itu, beliau meminta Kerajaan Pas Kelantan menjelaskan dakwaan sebuah laman web mengenai penjualan tanah Ladang Rakyat kepada syarikat bukan bumiputera bernilai lebih RM12 juta, sedangkan projek itu dikatakan untuk membantu rakyat miskin melalui pertanian.

"Jika Pas adil dan melaksanakan pemerintahan secara Islam, mereka perlu jelaskan perkara ini, apakah mereka tidak selidiki dahulu kemampuan syarikat ini. Kalau tanah di Hulu Kelantan terlepas kepada orang lain, maka saya tidak hairan jika tanah di Kota Bharu semuanya tergadai,'' katanya.

"Rakyat Kelantan belum mendapat penjelasan daripada kerajaan negeri berhubung penjualan itu. Tanah berkenaan telah diberikan kerajaan negeri kepada dua individu yang dipercayai adik-beradik," katanya.

Sebuah laman blog kelatekito.net mendakwa, wujud perjanjian 'ali baba' dalam pemberian tanah seluas 1,185.2 hektar kepada sebuah syarikat milik bumiputera yang dimiliki dua beradik pada tahun 2006 untuk fasa kedua pembangunan Ladang Rakyat di Mukim Kandek, Dabong.

Perjanjian pemberian tanah tersebut dibuat pada 23 Mac 2006 dengan Menteri Besar mewakili Kerajaan Pas Kelantan, manakala pasangan dua beradik itu mewakili sebuah syarikat perladangan dan ternakan.

Bagaimanapun, kira-kira tiga tahun selepas itu, syarikat tersebut telah diambil oleh sebuah syarikat bukan bumiputera membabitkan penjualan saham sebanyak RM12.75 juta.


KOMEN ; MASALAHNYA NIK AZIZ KATA DIA AJE YANG BETUL ORANG LAIN SEMUANYA KUFUR. DIA TAKAN DENGAR TEGURAN ORANG WALAUPUN ORANG YANG MENEGUR DIA ADALAH SEORANG ULAMA YANG SEBENAR. HABIS DICARUTNYA SEMUA ORANG YANG CUBA MENEGURNYA. BAGI PENGANUT PAS NIK AZIZ MAKSUM DAN KATA-KATANYA ADALAH FATWA YANG PERLU DIIKUTI. RASANYA NIK AZIZ TAKAN JAWAB APA YANG TOK PAH TANYA BERKENAAN LADANG RAKYAT.. RAKYAT DITIPUNYA.

1 comment:

Unknown said...

Salam, Salam perjuangan. Orang tua nyanyuk Pok Nik tu mana tak pernah hendak menerima hakikat kekalahan yg Pas alami. Dia masih mengatakan UMNO/BN main kotor dan menghina org2 UMNO. Kononnya UMNO tolak Islam....nyanyuk, memang dah nyanyuk si tua seko tu.....