Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 23 March 2011

KERAJAAN UMNO/BN BERTINDAK ZALIM

Kebajikan penjawat awam dijaga
Oleh ZULKIFLI JALIL, THOMAS CHONG dan NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my



NAJIB Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin serta Mohd. Sidek Hassan (kiri) memegang buku Perkhidmatan Awam selepas melancarkannya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 (MAPPA X11) di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya, semalam. – Utusan/HANAFI KHAMIS

PUTRAJAYA 22 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan lagi beberapa khabar gembira untuk meningkatkan motivasi dan melahirkan penjawat awam yang berdaya saing.

Ia dimaklumkan Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan bertajuk “Kerajaan Bertanggungjawab: Menunai Janji, Melangkau Jangkaan” di hadapan 5,747 penjawat awam yang menghadiri Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 (MAPPA XII) di sini.

Turut mendengar pengumuman tersebut ialah masing-masing 300 dan 270 penjawat awam yang menghadiri sidang video dengan Perdana Menteri di Wisma Bapa Malaysia di Sarawak dan Auditorium Intan di Sabah.

Berikut perkara yang diumumkan Perdana Menteri:

n Berkuat kuasa mulai tarikh semasa, pesara skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara pada umur wajib atau di bawah Seksyen 6A(6) Akta 227/239 termasuk ahli keluarga tanggungan mereka, layak menikmati kemudahan rawatan percuma.

Pelaksanaan pemanjangan rawatan perubatan percuma kepada pesara skim KWSP ini hanya diberi kepada anggota perkhidmatan awam di bawah skim KWSP yang telah di bersara wajib oleh kerajaan Persekutuan atau negeri atau Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan. Bagaimanapun, ia tidak merangkumi mereka yang meletak jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri.

n Berkuat kuasa mulai tarikh semasa, ganjaran akan dibayar 100 peratus kepada anggota sektor awam yang bersara pilihan di bawah pilihan skim pencen sekali gus memansuhkan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran sebelum ini.

n Kajian semula sistem saraan sedang dijalankan bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih produktif, berinovasi, kreatif dan berprestasi tinggi.

n Kerajaan akan memperkenalkan anugerah khas kepada penjawat awam yang aktif dalam aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan selain menunjukkan mutu kerja yang tinggi. Untuk itu, tahap prestasi kerja dan penglibatan aktif dalam semua aktiviti sepanjang 2011 akan dinilai bagi tujuan tersebut.

n Pegawai-pegawai awam di peringkat pertengahan yang berpotensi tinggi akan dihantar untuk mengikuti kursus-kursus terpilih bagi menyediakan mereka dengan kemahiran kepimpinan. Pada masa sama, kemajuan kerjaya dan peluang-peluang kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana akan diperluaskan kepada pegawai yang telah berjaya memiliki kelayakan yang tinggi.

n Kajian terperinci akan dilaksanakan untuk merasionalisasikan perkhidmatan awam bertujuan mengurangkan lebihan anggota melalui penjajaran semula fungsi agensi yang bertindih, pengawalan pengisian jawatan kosong dan pengagihan semula perjawatan.

n Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

n Jawatankuasa penilai pemantauan prestasi akan ditubuhkan bagi memastikan pegawai kerajaan terlibat dalam sistem pool tidak teraniaya di mana elemen keadilan dan penilaian bebas akan diamalkan.

n Bagi pegawai yang berprestasi rendah atau mempunyai masalah kesesuaian penempatan di semua peringkat termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi, satu kaedah exit policy akan diwujudkan di bawah Kajian Semakan Sistem Saraan Malaysia untuk menamatkan perkhidmatan tersebut.


KOMEN : PELIK TAPI BENAR.. KENAPA MASIH RAMAI LAGI PENJAWAT AWAM YANG MASIH TERUS-TERUSAN MENYOKONG PUAK PEMBANGKANG SEDANGKAN KERAJAAN YANG ADA SEKARANG TERBUKTI TERUS MENYOKONG MEREKA DENGAN BERBAGAI FAEDAH SEMASA SEDANG BERTUGAS DAN SETELAH BERSARA. JANGAN SALAHKAN KERAJAAN BN KALAU BUKU JINGGA PUAK PEMBANGKANG BOLEH DIBAKUL SAMPAHKAN. BAGI PENJAWAT AWAM YANG TIDAK BERSYUKUR DAN CUBA MEROSAKAN SISTEM PENYAMPAIAN KERAJAAN BOLEHLAH DENGAN RELA HATI MENINGGALKAN PERKHIDMATAN AWAM SEBAB TAHI YANG KAU ORANG BUAT TAK BOLEH DITIMBUS KERANA BAUNYA TETAP ADA. CADANGAN KERAJAAN YANG PALING AKHIR TU MEMANG SESUAI UNTUK KAU ORANG.

2 comments:

Onna said...

Assalam Sayang Daddy,

Terlalu ramai dalam Penjawat Awam yang umpama api dalam sekam, makan gaji dengan kerajaan BN tetapi pangkah bulan, roket dan jin mata satu tanpa sedikit rasa bersalah..tak tau malu betul.. patutnya bila tak suka... tinggalkan perkhidmatan awam... bekerjalah untuk parti yang anda sokong kan... ini tak...tiap2 bulan terima gaji..mintak bonus bagai.. tapi loyalty takder...

AJAI62 said...

Assalam Sayang Mum

Itulah manusia... yang marah tu abis sistem penyampaian kerajaan dia perlekehkan. Dah rakyat ingat semua penjawat awam macam tu. Mereka ni pemalas dan bodoh tak boleh diajar.