Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 8 March 2011

Kerajaan DAP Pulau Pinang gagal


DARI UTUSAN MALAYSIA



BUTTERWORTH 7 Mac - Ketidakmampuan kerajaan DAP menunaikan janji-janji manifesto pilihan raya walaupun sudah diberi peluang selama tiga tahun memerintah negeri ini membuktikan kegagalan pihak pembangkang sebagai sebuah kerajaan di Pulau Pinang.

Para pemimpin Barisan Nasional (BN) di negeri ini juga menyifatkan kegagalan itu sebagai isyarat jelas kepada rakyat bahawa segala janji manis parti pembangkang sebelum ini hanyalah helah untuk mendapat kuasa walaupun menyedari ia tidak akan dapat ditunaikan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, tiga tahun pemerintahan kerajaan DAP Pulau Pinang hanya sarat dengan retorik politik sehingga banyak masalah rakyat tidak dapat diselesaikan.

"Rakyat sebenarnya meletakkan harapan yang cukup tinggi kepada janji-janji pihak pembangkang tetapi selepas tiga tahun diberi peluang memerintah, kerajaan negeri tidak menunaikannya dan ini menyebabkan rakyat kecewa. Ini satu realiti.

"Tiga tahun bukan masa yang pendek, sekurang-kurangnya kita perlu tanya sejauh mana janji-janji itu sudah dikotakan. Tapi nampaknya kerajaan negeri lebih suka berpolitik sehingga satu persatu masalah rakyat yang timbul tidak dapat diselesaikan," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas pencapaian pemerintahan DAP di negeri ini yang genap tiga tahun esok, sejak menerajui Pulau Pinang pada pilihan raya umum 2008.

Antara kandungan manifesto parti pembangkang sewaktu pilihan raya umum lalu adalah menghapuskan kutipan tol di Jambatan Pulau Pinang (RM7 sekali masuk) dan Tol Sungai Nyior (50 sen sehala) dan bonus sebanyak RM6,000 setahun kepada keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah.

Sepanjang kempen itu juga, pakatan pembangkang berjanji akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas selain menghapuskan bayaran parkir kereta pada hari Sabtu dan Ahad.

Mengulas perkara sama, Ketua Pemuda Gerakan negeri, Oh Tong Keong mendakwa, kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mengkhianati kepercayaan rakyat yang meletakkan harapan untuk melihat perubahan seperti dijanjikan.

"Janji bukan sahaja tidak ditunaikan malah lebih menyusahkan. Contoh paling jelas, mereka janji mahu beri parkir percuma pada Sabtu dan Ahad tetapi ia bukan sahaja tidak ditunaikan malah di kawasan tertentu tempoh penguatkuasaan peraturan itu dipanjangkan dari pagi hingga malam.

"Prestasi sektor ekonomi juga jatuh dan kerajaan DAP sebenarnya hanya bergantung kepada kejayaan-kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang membawa banyak pelaburan asing ke Pulau Pinang," tambahnya.

Pengerusi MIC negeri, Datuk P.K Subbaiyah berkata, senario politik Pulau Pinang sepanjang tiga tahun kebelakangan ini memperlihatkan sikap kerajaan negeri yang hanya berpolitik serta menjalankan program bersifat publisiti murahan.

Katanya, hakikat itu jelas apabila janji-janji atas nama mahu membela rakyat yang dilaung-laungkan sebelum ini tidak dibuktikan melalui tindakan.

"Misalnya, kita tidak akan lupa bagaimana penduduk Kampung Buah Pala dianiaya sedangkan pakatan pembangkang ketika kempen pilihan raya berjanji dan bersumpah untuk menyelamatkan kampung mereka, tapi akhirnya mereka dihalau begitu saja.

"Mereka meraih publisiti dengan memberi sedikit wang kepada warga emas tetapi pada masa yang sama tergamak meroboh gerai penjaja-penjaja serta pekebun kecil. Beginikah kerajaan yang dikatakan berjiwa rakyat?," katanya.


KOMEN : ITULAH HARGA YANG PERLU DIBAYAR KERANA MENYERAHKAN KUASA PADA PUAK KOMUNIS. FALSAFAH PERJUANGAN KOMUNIS IALAH HARTA RAKYAT ADALAH HARTA KOMUNIS. SEBAB ITU KITA BOLEH LIHAT HARTA RAKYAT DIRAMPAS DAN RAKYAT DIHALAU SEPERTI PERLARIAN. UMPAMA HARTA RAKYAT DIMILIK NEGARAKAN. YANG MEMERINTAH SECARA KUKU BESI IALAH KOMUNIS. KONSEP KESAMARATAAN YANG DILAUNGKAN OLEH DAP TIDAK DIPRAKTIKAN JIKA MANGSANYA ADALAH ORANG MELAYU/ISLAM. KESAMARATAAN TU HANYA UNTUK RAKYAT CINA KOMUNIS.

1 comment:

Onna said...

biar dorang rasakan.... sebab dorang2 ni sumer tak mau belajar dari sejarah... menidakkan sejarah... itulah padahnya... padan ngan muka... lepas ni undilah lagi... boleh sedekah lagi kat dap penang tu...