DARI UTUSAN MALAYSIA
SUBANG JAYA 28 Feb. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan pembunuhan rakyat oleh Presiden Libya, Muammar Gaddafi dalam usahanya mempertahankan kuasa di negara itu sebagai zalim dan primitif.
Beliau berkata, sepatutnya Gaddafi segera meletakkan jawatan seperti mana rakyat mahukan dan bukannya melakukan satu tindakan yang tidak bertamadun.
Tegasnya, menggunakan kekerasan hingga ke peringkat sanggup membunuh bangsa serta rakyat sendiri demi kuasa tidak membawa sebarang keuntungan sebaliknya hanya akan menyebabkan lebih banyak kerosakan.
"Sekiranya rakyat tidak suka kepada seseorang pemimpin adalah lebih baik pemimpin berkenaan meletakkan jawatan. Ini tidak, apabila diminta berhenti sanggup berbunuh-bunuhan, tidak kenalah.
"Hakikatnya, perbuatan membunuh rakyat adalah tindakan zalim, kerja primitif," katanya kepada pemberita selepas memberi ucaptama Forum Bioteknologi 2011 anjuran Akademi Islam Antarabangsa bagi Sains Hayat dan Bioteknologi (IAB) di sini hari ini.
Turut hadir pada forum tersebut Pengerusi IAB, Datuk Dr. Rosti Saruwono dan Pengarah IAB, Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdul Latif Ibrahim.
Mengulas lanjut Dr. Mahathir berkata, dalam tempoh 40 tahun Gadaafi memerintah tidak berlaku kemajuan di kalangan penduduk Libya sehingga mengakibatkan kehidupan mereka merana.
"Sekian lama rakyat kena seksa. Di sana kerja tidak ada, kehidupan merana. Bila diminta supaya berhenti sanggup membunuh bangsa sendiri," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya Dr. Mahathir berkata, peperangan tidak akan membawa penyelesaian apa-apa sebaliknya hanya menyebabkan berlaku kemusnahan kepada manusia.
Ujarnya, tidak kira apa punca berlakunya peperangan itu, akibatnya boleh mengakibatkan kematian kepada mereka yang tidak bersalah.
"Peperangan adalah satu jenayah yang perlu kita tentang. Cuba lihat apa yang berlaku di beberapa negara seperti Iraq. Apa yang mereka dapat selain daripada kemusnahan," katanya.
Berdasarkan itu, beliau berkata, kemajuan sains dan teknologi harus digunakan untuk manfaat manusia sejagat dan bukannya bertindak sebagai senjata pembunuh.
Justeru, katanya, para saintis perlu lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan penemuan-penemuan baru agar ia benar-benar memberi faedah kepada masyarakat.
"Sebagai contoh kejayaan saintis mengenal pasti sel stem sebagai salah satu kaedah perubatan yang baru bagi penyakit tertentu dan begitu juga penciptaan teknologi-teknologi perubatan yang moden.
"Namun terdapat juga para saintis menggunakan kepakaran mereka untuk mencipta senjata-senjata moden yang akhirnya boleh memusnahkan manusia itu sendiri," katanya.
Berhubung pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), beliau mahu ia diteruskan kerana kebanyakan bahan rujukan kedua-dua subjek itu ditulis dalam bahasa Inggeris.
KOMEN : SETUJU SANGATLAH KALAU MEMERINTAH SELAMA 40 TAHUN PUN MASIH TAK BOLEH NAK MAJUKAN NEGARA DAN UMAH BAIK LETAK JAWATAN SECARA BAIK SEBELUM DIJATUHKAN SECARA HINA. PADA PEMIMPIN BN YANG RASA PERJUANGAN DIA DAH TERPESONG KEARAH PUAK LAGI SATU TOLONLAH LETAK JAWATAN SECARA BERMARUAH. PPSMI PATUT DITERUSKAN BAGI OPSYEN PADA RAKYAT DALAM MEMBERIKAN PENDIDIKAN TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK MEREKA.
2 comments:
Assalam Sayang Daddy,
Setuju 100% dan sokong PPSMI sebab yang nak ke sekolah tu anak kita, kerajaan pun kita yang punya sebab kita yang pilih tapi degil2 belaka org2 yang kerja dengan kita ni..kita nak PPSMI tak didengarnya...pekak ke apa?
ASSALAM SAYANG MUM
BUKAN APA SAJA-SAJA NAK TUNJUK KUASA YANG DIA ADA. PANDAI TAK BOLEH DITEGUR, SOMBONG BODOH PULAK TU... BERCELARULAH
Post a Comment