Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 16 March 2011

Anwar diselar dahulukan DAP berbanding Pas


DARI UTUSAN MALAYSIA
16.3.2011


KUALA LUMPUR 15 Mac - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diselar kerana mendahulukan DAP berbanding pendirian kepimpinan Pas Kelantan untuk mengharamkan aktiviti judi dan loteri di negeri berkenaan.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, tindakan Anwar yang menegur kepimpinan Pas berhubung perkara itu merupakan satu bentuk penghinaan terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pentadbiran negeri tersebut.

Menurutnya, keputusan pentadbiran Kelantan mengharamkan aktiviti judi dan loteri itu tentu dibuat berdasarkan hukum Allah dan Islam yang melarang sebarang bentuk aktiviti perjudian.

"Dan isu yang lebih besar yang perlu difikirkan terutama oleh segelintir pak jangoat (ahli Pas) yang menjadikan Anwar kiblat mereka, apakah ini jenis pemerintahan pakatan pembangkang jika mereka diberi peluang memerintah? Bahawa Islam mesti dapat kelulusan DAP dahulu?

"Sebenarnya inilah cara Allah hendak tunjukkan kepada umat Islam pekung sebenar pakatan pembangkang terutamanya manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan (Anwar)," katanya dalam entri blognya http://zul4kulim.blogspot.com hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan hari ini yang menyiarkan tentang teguran Anwar terhadap kepimpinan Pas Kelantan supaya membincangkan mengenai pengharaman tersebut dengan DAP terlebih dahulu sebelum memutuskannya.

"Saya percaya ini akan memberi gambaran tepat sekali gus mengelakkan salah faham yang boleh mengeruhkan suasana atau disalah tafsir," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pembangkang di Parlimen semalam.

Sidang akhbar itu turut dihadiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Zulkifli menambah, beliau terkilan dengan Abdul Hadi yang seolah-olah menyokong kenyataan Anwar tersebut apabila tidak berkata apa-apa untuk mempertahankan Kerajaan Pas Kelantan.

"Pada teman, inilah sebenarnya kesan dan bukti pelaksanaan Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang yang ditandatangani pada 18.12.2009 di Shah Alam, Selangor yang mana penubuhan negara Islam dan pelaksanaan undang-undang Islam bukan merupakan dasar pakatan pembangkang," katanya.

Isnin lalu, kepimpinan Pas Kelantan memutuskan untuk tidak berganjak dengan keputusan mengharamkan perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak supaya ia ditarik semula.


KOMEN : UMUM DAH TAHU SIFAT SEBENAR ANWAR YANG SUKA MENIKAM KAWAN DARI BELAKANG. DARI ZAMAN DALAM UMNO HINGGAKAN DAN MENJADI KETUA PUAK PEMBANGKANG PUN MASIH BUAT PERANGAI LAMA. YANG BEBAL DAN BANGANG ADALAH PEMIMPIN DAN PENYOKONG PARTI PAS. MASIH LAGIKAH MAHU BERSEKONGKOL DENGAN ANWAR YANG MABUK DIBAWAH PENGARUH DAP. SEBELUM NI PAS BEBAS MENBUAT UNDANG-UNDANG SENDIRI DIKELANTAN TAPI SEKARANG TERPAKSA TUNDUK PADA ANWAR DAN DAP. PERJUANGAN APA YANG PAS MAHU?

1 comment:

Onna said...

Assalam Sayang Daddy,

Bukankah Tun M pernah kata perjuangan PAS aka TGNA adalah untuk menang pilihanraya...so be it...puak2 ini tahu akan aktiviti anwar dan DAP tapi kerana nak menang pilihanraya...yang haram jadi halal dan sebaliknya...