Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 3 November 2011

KECOH TAK SUDAH PASAL BAHASA MELAYU..

Tuntutan beri kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu
DARI UTUSAN MALAYSIA
3/11/2011



SHAH ALAM 2 Nov. – Tindakan pihak tertentu mendesak kerajaan supaya melaksanakan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara pilihan di sekolah bakal memberikan kesan yang ‘amat malang’ kepada perkembangan bahasa Melayu di negara ini.


Merujuk desakan oleh Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) sebelum ini, Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Teo Kok Seong menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya timbul dalam keadaan kerajaan sedang berusaha memartabatkan kedudukan bahasa kebangsaan itu.

Beliau berkata, keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI bukan hanya mengambil kira prestasi murid kesan daripada pelaksanaan dasar tersebut, malah ia melibatkan aspirasi negara untuk membentuk jati diri, nasionalisme serta perpaduan menerusi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Adalah satu yang amat malang jika ada pihak tertentu seperti PAGE yang dipimpin oleh orang Melayu sendiri menentang keputusan kerajaan (memansuhkan PPSMI) dan mereka juga memberi tekanan serta mengugut untuk tidak menyokong kerajaan jika tuntutan tidak dipenuhi.

“Kerajaan dilihat telah melakukan yang terbaik dengan memansuhkan PPSMI demi satu agenda yang lebih besar iaitu pengukuhan perpaduan, nasionalisme, jati diri dan keperibadian rakyat negara ini dan dalam hal ini bahasa Melayu adalah instrumen yang paling sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi perbincangan panel Program Rapat 1Malaysia bersama warga pendidik daerah Klang di sini, hari ini.

Turut menyertai sesi perbincangan panel itu ialah Timbalan Dekan Pusat Pengajaran Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian.

Kok Seong tidak menolak kemungkinan pihak yang mendesak pelaksanaan PPSMI sebagai golongan yang tidak yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan.

“Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu adalah hebat dan pernah menjadi lingua-franca digunakan dalam pentadbiran, ekonomi, perundangan dan diplomatik di rantau nusantara.

“Dalam konteks moden, bahasa Melayu telah dibangun dan dimajukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB) sejak 1956 lagi dan ia mampu berkembang sebagai bahasa ilmu. Malah, orang asing pun ketika ini dilihat yakin dan giat mempelajari bahasa kebangsaan ini di pusat pengajian di negara luar.

“Ironinya di sini, golongan penutur bahasa Melayu dilihat tidak yakin terhadap kemampuan bahasa itu, ini amat malang untuk negara kita,” katanya.

KOMEN : MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU ADALAH TANGGUNGJAWAB SEMUA RAKYAT MALAYSIA TANPA MENGIRA KAUM. REALITINYA ORANG MELAYU AKAN TERUS MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA, MELAINKAN GOLONGAN YANG SUDAH HILANG IDENTITI KEMELAYUAN MEREKA TIDAK TERKECUALI MEREKA YANG TERDIRI DARI PERJUANG BAHASA KONONYA. SELAGI ADANYA ORANG MELAYU ITU SENDIRI, BAHASA ITU TIDAK AKAN PUPUS.

PERSOALANNYA DISINI....

1) BERAPA RAMAIKAH ORANG CINA DAN ORANG INDIA YANG MEMARTABATKAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA?
2) SANGGUPKAH ORANG CINA DAN ORANG INDIA MENUTUP SEKOLAH BANGSA (VERNECULAR) MEREKA UNTUK SAMA-SAMA MENYAHUT DAN MEREALISASIKAN WAWASAN 'SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA' BAGI MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU?
3) MENGAPAKAH SECARA TIBA-TIBA, PARTI MCA DAN MIC MENYOKONG PERLAKSANAAN PPSMI DITERUSKAN? ADAKAH KERANA MENYEDARI RAMAI KAUM MEREKA YANG MENYOKONG PPSMI ATAU SEKADAR UNTUK MERAIH UNDI?

KESIMPULANNYA : SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA AKAN DAPAT MEMARTABATKAN KEGEMILANGAN BAHASA MELAYU DIKALANGAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM...

1 comment:

Onna said...

BRAVO DADDY...MMG BETUL PUN...PEGI SOH KAUM DIA CKP MELAYU DULU...NAMAPUN WARGANEGARA MALAYSIA... TAPI CAKAP MELAYU PELAT.. ADA TU YANG LANGSUNG TAK PANDAI CAKAP.... SOH DORANG TU DULU BELAJAR... KITA NI BERCAKAP MELAYU TAKDER MASALAH LANGSUNG...TAPI KITA PULAK YANG DIMINTA MEMARTABATKAN... WOI....KITORANG DAH LAMA...DAH DARI SEJAK PANDAI BERCAKAP CKP MELAYU LER... YANG BANGSA LAIN ADA SEKOLAH SENDIRI NI APA HAL...NAPER TAK PANDAI2 CKP MELAYU??? TPM .... SILA JAWAB....