Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 14 November 2011

Semua parti perlu tentang anti-establishment


DARI UTUSAN MALAYSIA
14/11/2011



KUALA LUMPUR 13 Nov. – Semua pihak terutama parti politik digesa memandang serius kebimbangan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V terhadap anasir anti-establishment yang cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai di negara ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, semua pihak perlu bersatu menentang habis-habisan anasir yang cuba mengganggu-gugat kesucian agama Islam dan kewibawaan raja-raja Melayu untuk kepentingan politik.

“Titah ini adalah kesinambungan daripada titah Sultan Selangor, Sultan Perak, Sultan Pahang dan Sultan Johor yang menegaskan bahawa anasir tersebut semakin berani mencabar norma masyarakat negara ini.

“Sehubungan itu, titah raja-raja Melayu yang tidak putus-putus mengingatkan rakyat perlu diambil serius oleh semua pihak terutama parti politik yang memperjuangkan agama Islam dan bangsa Melayu.

“Bagaimanapun, saya pasti ada parti politik yang tidak mempedulikan titah raja-raja ini. Mereka lebih mementingkan undi dan kuasa politik dengan membelakangkan kewujudan institusi tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas peringatan Sultan Muhammad V agar rakyat sentiasa berwaspada, berhati-hati serta peka terhadap kemunculan iklim tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti-establishment dalam masyarakat.

Jelas Ibrahim, parti yang tidak bertanggungjawab itu gemar melihat orang Melayu berpecah-belah kerana perpecahan akan memanfaatkan perjuangan mereka.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail turut senada dengan Ahli Parlimen Pasir Mas itu apabila menyifatkan kewujudan kelompok anti-establishment dalam masyarakat perlu dihapuskan supaya keamanan yang dikecapi dapat dikekalkan.

Beliau berkata, kewujudan kelompok itu yang dilihat dipelopori oleh orang Melayu sendiri amat menyedihkan kerana mereka sanggup menggadaikan bangsa sendiri demi kepentingan politik.

“Justeru, saya menyeru semua pencinta keamanan dan pendukung setia Perlembagaan negara mengutuk dan membendung perkara ini daripada terus menghantui generasi akan datang,” ujarnya.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom pula menegaskan, penularan fahaman itu kalangan golongan muda akan mengancam kemajuan negara dan membuka ruang kepada penjajahan baru terhadap identiti bangsa Melayu.

“Saya yakin melalui peringatan Sultan Kelantan, orang ramai akan sedar bahawa pihak yang beragenda jahat perlu ditentang melalui penyatuan tanpa mengambil kira fahaman politik kerana matlamatnya adalah satu iaitu demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara,” katanya.

Di BALING, Timbalan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, masyarakat akan bercelaru jika anasir itu tidak dihindari kerana kelompok itu ternyata cuba mencetuskan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang negara.

KOMEN : MANA MUNGKIN MEREKA NAK PAKAI TITAH SULTAN UNTUK MENGHAPUSKAN ANASIR ANTI ESTABLISHMENT SEBAB PUAK TU ADALAH PENYOKONG TEGAR MEREKA... TAKAN MEREKA SANGGUP NAK KEHILANGAN UNDI DARI PUAK2 YANG MEREKA SENDIRI SOKONG APA SAJA AKTIVITI YANG BERUPA PENENTANGAN TERHADAP KERAJAAN YANG MEMERINTAH...

No comments: