Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 2 November 2011

NAK SALAHKAN SIAPA?

Lebih 70 lintasan haram di Sabah
DARI UTUSAN MALAYSIA
2/11/2011





Dua kren digunakan untuk mengangkat gerabak kereta api yang musnah terbakar di Petagas dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, semalam.


SEJAK perkhidmatan kereta api Sabah beroperasi semula pada 21 Februari lalu setelah dihentikan pada 2007 untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih, ia telah memberi nafas baru kepada penduduk.

Di samping itu, ia memberi alternatif kepada penduduk yang berada di sepanjang laluan 134 kilometer dari Tanjung Aru ke Tenom untuk menuju ke destinasi masing-masing dengan kadar tambang murah berbanding pengangkutan lain.

Bagaimanapun, ia seperti melepaskan batuk di tangga apabila terdapat beberapa kelemahan, antaranya hampir keseluruhan laluan landasan itu tidak berpagar, selain mempunyai terlalu banyak lintasan haram yang amat berisiko.

Selain kejadian sebuah kereta dilanggar kereta api di Kampung Ketiau, Putatan, tidak sampai dua hari selepas beroperasi, kejadian semalam yang hampir meragut nyawa kira-kira 200 penumpang amat wajar diberikan perhatian serius oleh pihak-pihak terbabit, terutama Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Wartawan Utusan Malaysia, TARMIZI ABDUL RAHIM, HISYAMUDDIN AYUB, ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN dan SITTI NOR AZIZAH TALATAserta jurugambar, GHAZALI BASRI cuba merungkai permasalahan ini, langsung tidak berniat mencari kesalahan tetapi ikhlas membantu untuk mencari penyelesaian terbaik.

KOTA KINABALU 1 Nov. – Terdapat lebih 70 lintasan haram yang dikenal pasti di sepanjang laluan kereta api Sabah dari Tanjung Aru, Kota Kinabalu ke Tenom sejauh 134 kilometer berbanding hanya 22 laluan berpagar iaitu yang ‘halal’.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati laluan-laluan haram berkenaan dibina dan diturap dengan baik serta menjadi laluan utama penduduk.

Sepanjang jalan kereta api berkenaan juga tidak berpagar yang membolehkan sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak untuk berada di landasan berkenaan.

Malah lintasan yang menyaksikan berlakunya tragedi kemalangan berhampiran Kampung Peringatan semalam adalah haram tetapi ia menjadi laluan utama untuk pengguna memasuki Stesen Shell.

KOMEN : NAK SALAHKAN SIAPA KALAU TANAH KTMB DICEROBOH... UNDANG-UNDANG ADA KENAPA TIDAK DIGUNAKAN? SARANAN KEPADA KTMB DAN KERAJAAN... BINA PAGAR BATU, SEBAB PAGAR DAWAI AKAN ADA TIKUS YANG MENGIGIT... PEDULIKAN MEREKA YANG NAK MEMPROTES... KESELAMATAN PENUMPANG KTMB LEBIH UTAMA... PENCEROBOHAN MERUPAKAN SATU JENAYAH...

No comments: