Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 2 November 2011

ITU KATA MENTERI... TIMBALAN NAK KATA APA?

Kabinet akan bincang AUKU dalam tempoh terdekat
DARI UTUSAN MALAYSIA
2/11/2011



KUALA LUMPUR 1 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi akan membincangkan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung peruntukan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU) ke Kabinet dalam tempoh terdekat ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu bertujuan mendapatkan keputusan daripada jemaah menteri sama ada kes tersebut wajar dirayu ke Mahkamah Persekutuan atau sebaliknya.

"Kita menghormati keputusan mahkamah tetapi dalam proses undang-undang, saya percaya kita ada satu lagi peluang untuk pergi ke Mahkamah Persekutuan.

"Saya akan berbincang untuk menentukan sama ada kita perlu lalui atau merayu keputusan itu atau tidak," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) akta berkenaan yang melarang mahasiswa berpolitik sebagai tidak sah dan melanggar Perlembagaan.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, berdasarkan pindaan AUKU 2009, ia perlu difahami bahawa terdapat peruntukan di dalam akta berkenaan yang tidak membenarkan para pelajar menjadi ahli kepada mana-mana parti politik.

Menurut beliau, biarpun para pelajar diberi kebebasan tetapi ia masih tertakluk kepada sekatan tertentu terutama bagi mengelak mereka terpengaruh dengan gerakan mana-mana parti politik.

Katanya, ia sesuai dengan matlamat pendidikan itu sendiri yang ingin membangunkan intelektual dalam kalangan pelajar bagi membolehkan mereka mempunyai fikiran yang seimbang, bebas dan waras tanpa dipengaruhi mana-mana ideologi politik.

"Ini yang perlu diberi penekanan kerana memang menjadi matlamat utama institusi pengajian tinggi (IPT) untuk membina minda dan keupayaan berfikir yang kritikal tanpa sekatan.

''Pelajar dilatih untuk berfikir berdasarkan asas yang kukuh apabila berhujah dan ia perlu seimbang serta melihat dari semua sudut selain mesti memiliki fakta sebelum membuat kesimpulan terhadap sesuatu perkara.

"Pendek kata seseorang pelajar itu mesti bebas, waras dan seimbang pemikirannya dan atas sebab itu kita berpendapat, dia tidak wajar menyertai atau memegang mana-mana jawatan parti politik," katanya sambil memberitahu keputusan berhubung keperluan seksyen tersebut juga merupakan hasil perbincangan dengan tenaga pendidik.

Mohamed Khaled turut menolak tanggapan bahawa seseorang pelajar digalak untuk menyertai politik dalam usaha membina kematangan dan keintelektualan mereka.

Beliau berkata, pelajar perlu bebas berfikir sedangkan parti politik mempunyai ideologi, peraturan dan disiplin masing-masing.

KOMEN : SEDANGKAN DILARANG PUN MEREKA BEBAS BERPOLITIK... APATAH LAGI BILA DIBERIKAN KEBENARAN UNTUK BERPOLITIK? SANGGUPKAH PENSYARAH-PENSYARAH MELIHAT BILIK KULIAH MEREKA KOSONG?

No comments: