Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 9 November 2011

BELANG ANWAR TERSERLAH


Seksualiti Merdeka: Anwar pertahan Ambiga
DARI UTUSAN MALAYSIA
9/11/2011



KUALA LUMPUR 8 Nov. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan penghinaan yang diterima oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga serta rakan-rakannya ekoran penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011.

Selain itu, beliau turut mempertahankan hak penganjuran program berkenaan kerana ia hanya merupakan medan perbincangan bagi kumpulan terbabit yang terdiri daripada golongan lesbian, biseksual, gay dan transgender (LBGT).

Bagaimanapun, katanya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendirian tidak menyokong dan menyertai program seumpama itu kerana ia bertentangan dengan Islam dan kebanyakan agama.

"Tidak sepatutnya mereka (media) menyerang Ambiga dan melayannya seperti penjenayah biasa. Pakatan berpendirian layanan yang diberikan kepada Ambiga tidak patut berlaku dan adalah tugas kami untuk mempertahankan haknya," katanya ketika diminta mengulas mengenai pendirian pakatan pembangkang dalam soal tersebut di sini, hari ini.

Tambah Anwar, tindakan itu juga boleh mendatangkan bahaya kepada golongan terlibat yang dilihat akan menggalakkan orang lain menyerang mereka.

"Mereka ini tidak perlu dicerca dan dihukum lebih daripada isu yang berbangkit. Sepatutnya, golongan ini didekati dengan mengadakan perbincangan dan dakwah secara berhikmah dan bijaksana.

"Buat masa ini, pakatan pembangkang belum mengeluarkan pendirian kerana tiada perbincangan khusus mengenai program itu dibuat," katanya.

KOMEN : AKHIRNYA ANWAR MENGAKU YANG DIA MENYOKONG SEGALA TINDAKAN AMBIGA. AKHIRNYA ANWAR AKAN MEMPOLITIKAN PROGRAM BERSEX UNTUK MENDAPAT SOKONGAN UNDI GOLONGAN SONGSANG. BILA LAGI KAWAN NAK TOLONG KAWQANKAN.. AMBIGA PUN DAH BANYAK TOLONG ANWAR DALAM KES LIWAT YANG TAK SUDAH2.... CAKAP TAK SERUPA BIKIN...

No comments: