Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 24 November 2011

NIK AZIZ NAK BUBAR DUN YANG PENUH DENGAN SYAITAN DAN IBLIS


Kelantan bubar DUN serentak - Nik Aziz

DARI UTUSAN MALAYSIA
24/11/2011




Nik Abdul Aziz Nik Mat melihat pameran yang disediakan pada Majlis Perasmian Serentak Publisiti Rancangan Tempatan (RT) Jajahan Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh dan Tanah Merah, semalam.

KOTA BHARU 23 Nov. - Kerajaan Pas Kelantan tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan jika kerajaan Pusat membubarkan Parlimen sebelum Jun tahun hadapan.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan sebegitu akan mengundang padah kerana ia membolehkan pihak lawan yang disifatkannya sebagai 'syaitan dan iblis' menumpukan seluruh kekuatan mereka merampas kerajaan negeri.

Justeru, beliau berkata, adalah lebih wajar bagi semua negeri yang dikuasai pembangkang untuk membubarkan DUN serentak dengan masa kerajaan Pusat membubarkan Parlimen.

"Daripada pengalaman saya, lebih baik bubar sekali (serentak). Sebabnya kalau kita bubar sendirian segala iblis, segala syaitan akan datang ke sini semuanya, tidak berdaya kita hendak melawan, lebih baik sekali," katanya.

Nik Abdul Aziz berkata demikian selepas Majlis Perasmian Serentak Publisiti Rancangan Tempatan (RT) Jajahan Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh dan Tanah Merah di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri itu hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen, jika ia dibubar sebelum bulan Jun, bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun hadapan.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang berharap pemimpin parti politik termasuk pembangkang mencapai persetujuan bersama mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz berpendapat pelajar Malaysia di Mesir tidak perlu terburu-buru dibawa pulang meskipun keadaan di negara itu kembali bergolak semula.

Katanya, rusuhan hanya tertumpu di Dataran Tahrir dan pelajar sepatutnya boleh meneruskan urusan seharian mereka seperti biasa.

"Semasa berlaku rusuhan dahulu, pelajar-pelajar kita dibawa balik, tetapi nampaknya tidak ada masalah sebenarnya kalau mereka duduk di sana pun. Penunjuk perasaan tidak kacau orang luar, kalau sekiranya kelas dibatalkan, baca buku dan pergi perpustakaan," katanya.

KOMEN : SIAPA SYAITAN DAN IBLISNYA WAHAI NIK AZIZ...? BUKANKAH MANUSIA YANG DIBERI KUASA OLEH RAKYAT TAPI SATU APA PUN KERJA TIDAK DIBUATNYA BOLEH DIIBARATKAN SEBAGAI SYAITAN DAN IBLIS . YANG CAKAP BERPUTAR-PUTAR, FITNAH SANA DAN MAKI HAMUN SINI TU YANG BERPERANGAI MENGALAHKAN SYAITAN DAN IBLIS WAHAI NIK AZIZ... INIKAN PULAK KERJA LAIN TAK ADA ASYIK NAK MENYALAHKAN ORANG LAIN, MACAM DIA YANG PANDAI SANGAT...

No comments: