Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 22 November 2011

Pengiktirafan antarabangsa sejajar misi meletakkan UiTM di peta dunia


Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my



TANGGAL 18 November lalu memahat sejarah yang cukup besar bagi Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila Naib Canselornya, Datuk Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar menerima anugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Stuggart, Jerman.

Ia merupakan penghormatan kepada Dr. Sahol terhadap pencapaian beliau dalam kajian saintifik dan teknikal menerusi bidang kejuruteraan hidrolik dan teknologi baru dalam pengurusan sumber air. Lebih membanggakan, Dr. Sahol menjadi orang Asia dan rakyat Malaysia pertama yang menerima anugerah yang dianggap cukup berprestij dan membanggakan dalam sistem pengajian tinggi di seluruh dunia.

Meskipun anugerah itu lebih kepada pencapaian peribadi, namun bagi Dr. Sahol, beliau mendedikasikannya kepada UiTM apatah lagi ia diterima ketika beliau berada di kerusi Naib Canselor universiti tersebut. Menjadikan anugerah itu cukup manis kerana beliau sendiri adalah bekas pelajar UiTM.

Begitu pun ketika berrkongsi pencapaian itu bersama beliau di pejabatnya di kampus induk UiTM, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini, Dr. Sahol berulang kali menegaskan bukanlah pencapaian itu yang mahu dibanggakan.

Tetapi manfaat positif daripadanya apabila anugerah itu telah membuka peluang yang cukup luas kepada pelajar UiTM menyambung pelajaran di universiti terkemuka di dunia khususnya di Jerman serta negara-negara lain.

"Apabila nama saya terpahat sebagai salah seorang penerima anugerah ini, ia akan membuka jalan kepada universiti lain di Jerman untuk bekerjasama dengan UiTM. Begitu juga dengan universiti-universiti lain di dunia kerana anugerah ini akan meletakkan UiTM dalam seluruh sistem pengajian tinggi," katanya.

Bagi Dr. Sahol juga, anugerah itu telah membawa beliau selangkah lagi ke depan dalam misi meletakkan UiTM di peta dunia. Ia juga merupakan kesinambungan kepada usaha beliau terutamanya dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini untuk memperkenalkan UiTM di kalangan universiti-universiti terkemuka dunia.

Hasilnya, UiTM kini boleh berbangga apabila sudah mempunyai hubungan kerjasama yang erat dengan universiti-universiti seperti Universiti Harvard; Universiti Oxford; Universiti Yale; Universiti Cambridge dan banyak lagi.

Di Universiti Harvard misalnya kata Dr. Sahol, terdapat dua pelajar UiTM yang ketika ini sedang menyambung pelajaran di peringkat Kedoktoran (Ph.D) selain pensyarah yang sedang berkhidmat di sana.

Selain itu, UiTM juga sudah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Universiti Oxford bagi mengembangkan lagi bidang Perbankan Islam.

"Malah, Universiti Cambridge baru-baru ini juga ada menghantar rombongan untuk berbincang bagaimana boleh dibentuk kerjasama dalam bidang sains hayat dan perubatan dengan UiTM," katanya.

Bukan mahu mendabik dada dengan kejayaan itu, Dr. Sahol bagaimana pun menegaskan, ia adalah langkah berterusan untuk meletakkan UiTM di peta dunia. Hasrat itu tambah membara apatah lagi UiTM ditunjangi sepenuhnya oleh orang Melayu dan kaum bumiputera.

Justeru kata beliau, banyak yang boleh dibuktikan UiTM menerusi pengiktirafan di peringkat antarabangsa itu terutamanya dari sudut betapa orang Melayu dan kaum bumiputera juga boleh berjaya dan setanding dengan kaum dan bangsa lain.

Paling utama, penerimaan di peringkat antarbangsa itu juga banyak mengubah persepsi orang ramai terhadap UiTM apabila universiti itu kini tidak lagi dianggap sebagai pilihan kedua seperti ketika awal penubuhannya.

Buktinya, tanyalah kepada mana-mana lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini, pastinya akan meletakkan UiTM antara pilihan pertama atau kedua untuk melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi.

Hakikat ini tidak dibuat berdasarkan andaian semata-mata tetapi rekod permohonan pelajar sendiri membuktikan kebenarannya.

Bagi sesi pengajian 2011 misalnya, sebanyak 280,000 permohonan diterima oleh UiTM sedangkan universiti ini hanya mampu menawarkan 20,000 tempat sahaja.

Bayangkan bagaimana pemilihan pelajar perlu dibuat dan sudah semestinya pelajar yang terpilih pula adalah pelajar yang benar-benar cemerlang. Apa yang lebih membanggakan juga adalah apabila UiTM turut menjadi perhatian kaum lain yang menuntut supaya ia turut dibuka kepada kaum bukan bumiputera.

Menurut Dr. Sahol, tekanan seperti itu semakin meningkat apatah lagi ketika persekitaran politik yang menyaksikan begitu banyak kepentingan orang Melayu diserang dan dipertikai. Lokasi UiTM sendiri yang berada dalam negeri pembangkang juga menyebabkan ia turut dijadikan taruhan politik di kalangan politikus untuk meraih sokongan menerusi isu perkauman.

Kerana itu desakan supaya UiTM dibuka kepada orang Melayu dan pengambilannya dibuat secara meritokrasi seperti universiti lain tidak pernah sunyi daripada dibangkitkan.

Begitu pun, Dr. Sahol mempunyai pendirian yang jelas dalam soal ini. Meskipun UiTM diasak dari pelbagai penjuru, namun beliau sedaya mungkin akan mempertahankan institusi itu untuk kekal menjadi hak eksklusif orang Melayu dan bumiputera.

Bukan mahu bersikap rasis, tetapi tegas Dr. Sahol, ia adalah sesuatu yang perlu dilakukan atas rasa tanggungjawab untuk menyaksikan lebih ramai anak bangsa mendapat peluang pendidikan yang adil.

KOMEN : TAHNIAH DATUK DAN SETUJU UiTM HANYA UNTUK ANAK ORANG MELAYU/BUMIPUTRA SAHAJA...

1 comment:

Anonymous said...

Sebagai seorang bekas penuntut UiTM yang mempunyai anak yang sedang menuntut di UiTM, berita ni sangat membanggakan. Tahniah. Harus ditekankan pada universiti lain untuk tegas dengan pelajar yg kerap demostrasi. Buat penyelidikan lagi berfaedah dari sibuk dengan politik.