Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 3 November 2011

KERJA GILA AMBIGA


Seksualiti Merdeka: Gelombang baru hak asasi manusia

DARI UTUSAN MALAYSIA
3/11/2011

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Program Seksualiti Merdeka 2011 yang disokong oleh segelintir pihak, kononnya memperjuangkan hak asasi manusia adalah salah satu contoh gelombang terbaru yang perlu dihadapi masyarakat khususnya orang Melayu di negara ini.

Sehubungan itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor mengingatkan orang Melayu agar tidak terpengaruh dengan budaya Barat itu yang cuba dibawa oleh pihak tertentu.

“Golongan yang cuba membawa pengaruh ini menjadikan hak asasi manusia sebagai modal mereka, sedangkan kita semua sedia maklum, program itu cuba dieksploitasi oleh kumpulan yang mempunyai agenda politik.

“Sebagai rakyat Asia, kita kena sedar, kita berada di rantau Asia dan mengamalkan budaya Asia. Jangan samakan budaya Barat dengan budaya kita (Asia) kerana di Barat, mereka boleh berjalan tanpa memakai pakaian kerana itu bagi mereka hak asasi,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Abdul Rahim mengulas tindakan kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam hingga 13 November depan.

Pelbagai pihak hari ini mengecam program tersebut, yang antara lain dilihat cuba menghalalkan hubungan sejenis.

Abdul Rahim berkata, sebagai rakyat yang hidup berlandaskan undang-undang, masyarakat perlu mematuhi peraturan sedia ada dan tidak mengamalkan perkara yang bertentangan dengan undang-undang negara.

“Kita ada undang-undang kita sendiri, berdasarkan kepada sejarah hidup kita. Kita berpijak di bumi Malaysia, jadi langit Malaysia perlu kita junjung.

“Kalau di Malaysia menetapkan beberapa perkara tidak boleh, maka janganlah kita ikut atau laksanakan,” katanya.

Seksualiti Merdeka 2011 kerja gila
Oleh HISYAMUDDIN AYUB
pengarang@utusan.com.my


KOTA KINABALU 2 Nov. - Penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam hingga 13 November depan bukan sahaja dikecam hebat oleh umat Islam, tetapi agama lain termasuk Kristian.

Tokoh Kristian Sabah, Webley Disim berkata, ia satu kerja gila dan jelas bertentangan dengan kepercayaan semua agama di seluruh dunia yang tidak menghalalkan hubungan sejenis.

Katanya, pendekatan yang cuba dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu perlu ditentang sekeras-kerasnya supaya ia tidak merosakkan akhlak semua lapisan masyarakat, terutama golongan belia yang mudah terpengaruh.

Menurut beliau, setiap agama mempunyai kitab suci masing-masing yang memerintahkan untuk berlaku baik dan tidak membenarkan mereka melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan masyarakat.

“Amat jelas, menghalalkan perkara yang tidak dibenarkan oleh agama seperti hubungan sejenis adalah satu perkara biadab dan ia jelas sekali bertentangan dengan norma kehidupan.

“Saya menentang keras tindakan terkutuk itu dengan menganjurkan program yang jelas terpesong dan merosakkan akhlak setiap penganut yang mempercayai kitab ajaran agama masing-masing. Ini sangat melampau,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program Seksualiti Merdeka 2011 yang 1 hingga 13 November depan.

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu ialah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Mengulas lanjut, Disim berkata, sekiranya sesuatu program yang dianjurkan bertentangan dengan ajaran di dalam kitab suci, maka ia perlu ditolak dan diketepikan demi memastikan ia tidak mengkucar-kacirkan kehidupan.

Selain itu, katanya, penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 jelas mengaibkan bangsa Malaysia yang terkenal dengan tatasusila dan kesopanan dalam kehidupan seharian.

“Ia benar-benar memalukan saya sendiri sebagai bangsa Malaysia yang menitik beratkan nilai dan etika kehidupan normal. Sekali lagi saya tegaskan, saya menentang keras program seumpama itu.

“Malah saya berharap kerajaan membendung gejala tidak sihat ini dengan kadar segera dan dapat mengambil tindakan tegas kepada pihak yang cuba menganjurkan program seumpama itu,” katanya.

KOMEN : LEPAS SATU, SATU PEREMPUAN NI BUAT HAL, KERANA KELEMAHAN KERAJAAN KITA YANG TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN ATAS PERLANGGARAN UNDANG2 OLEH PENGERUSI BERSIH NI... MANA DIA PAK JANGUT PUTIH YANG SANGGUP BERARAK SAMA BERSIH...? SEMUA DAH JADI HALIMUNAN WALAUPUN NEGARA DAH NAK DIPUNAH RANAHKAN OLEH KAUM SONGSANG YANG DILAKNAT ALLAH swt. PUAK PAS HANYA SAYAP PEMUDA AJE YANG BANTAH... PEMIMPIN2 TUA MEREKA SOKONG HUDUD PAS YANG BOLEH MELIWAT ISTERI SENDIRI... TU PASAL SENYAP MEMBISU, SEMUANYA TAK ABIS2 NAK MELIWAT RAKYAT....

No comments: